Jul 13 2012
Penghargaan buat bantuan wanita yang maut akibat di ragut
Tiada apa yang dapat di ungkap oleh keluarga mangsa, masyarakat dan aku sendiri selain ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada mereka yang sudi memberikan bantuan kepada mangsa ragut, Tan Kim Chuan, 60. Walaupun telah meninggal dunia akibat kecederaan serius yang di alami dari insiden yang menyayat hati itu, namun secara peribadi aku berasa sangat bangga dengan keberanian dan keperihatinan beberapa individu yang sudi membantu bagi menjalankan tanggungjawab sebagai manusia kepada sesama manusia yang lain.
Mereka yang membantu telah diberi penghargaan khas dari KM Pulau Pinang. Mereka diberi saguhati RM200 dan sijil penghargaan setiap seorang. Bukan wang yang diminta atau diharap mereka, tetapi sedikit sebanyak pertolongan mereka dihargai dengan cara tersendiri oleh kerajaan, berbanding yang lalu-lalang tapi otak dan keperimanusiaan entah terbang kemana. Antara individu yang dimaksudkan ialah:
- Yee Yoon Mah
- Saravana Kumar
- Zairolnizam Talib
- Khoo Ean Onn
Dari beberapa sumber yang aku baca, ada antara 7 individu yang tak tau atau tak mau ambil tau terhadap wanita tersebut dalam insiden ini. Biarlah yang lain upload gambar tujuh individu tu. Bagi aku sendiri, malas ah nak upload gambar diorang neh.
Syabas dah terima kasih sekali lagi di atas keprihatinan anda yang terlibat. Kepada mereka yang nak politikkan hal neh. Aku mintak pergi main jauh-jauh skit. Kepada penjenayah terbabit pula, tiada lagi jalan keluar bagi korang..dan sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua.



You must log in to post a comment.