info-info menarik !

Advertisement

Breaking

Wednesday, March 6, 2019

Ramai peniaga online di Kelantan tak bayar cukai jualan - LHDN


Masih ramai peniaga atas talian di Kelantan tidak membayar cukai jualan masing-masing walaupun telah menjana sejumlah pendapatan yang boleh dikenakan cukai.

Pengarah Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Kelantan, Shaufee Salleh berkata, keadaan itu dipengaruhi pelbagai faktor termasuk peniaga tidak mempunyai maklumat atau pendedahan yang betul atau mengambil mudah berhubung pembayaran cukai.

"Cukai pendapatan ke atas perniagaan dalam talian bukan suatu perkara baharu, ia merupakan jenis cukai pendapatan yang sama dikenakan ke atas para peniaga konvensional," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata demikian selepas sidang media mengenai Program Khas Pengakuan Sukarela dan Isu Percukaian Perniagaan Atas Talian yang akan diadakan pada 11 Mac depan.

Turut hadir Presiden Dewan Perniagaan China Kelantan, Yap Heng Or.
Shaufee bagaimanapun tidak mendedahkan jumlah peniaga atas talian yang tidak menjelaskan cukai atau dikenakan penalti.

Menurut Seksyen 4 Akta Cukai Pendapatan 1967, pendapatan suatu perniagaan layak dikenakan cukai pendapatan setelah mengambil kira semua perbelanjaan yang layak dibenarkan dalam perniagaan dan pelepasan cukai yang layak dituntut oleh peniaga tersebut.

Bagi perniagaan dalam talian yang dijalankan oleh individu, cukai pendapatan mereka akan mengikut kadar cukai pendapatan individu bermula dari kosong peratus sehingga 28 peratus (mulai Tahun Taksiran 2016).

Dalam pada itu, Heng Or berkata, program tersebut diadakan pada Isnin bermula pukul 2.30 petang bagi memberi pendedahan kepada semua peniaga terutama peniaga atas talian berhubung percukaian secara atas talian.

"Kita mengambil inisiatif ini kerana ramai peniaga yang masih tidak mempunyai maklumat jelas berhubung cukai bagi jualan atas talian.

“Kita harap ramai peniaga dapat hadir pada program tersebut yang disediakan secara percuma. Peniaga yang secara sukarela membuat pengakuan pada hari tersebut juga akan hanya dikenakan penalti cukai serendah 10 peratus," katanya.

Program tersebut dijangka akan dirasmikan Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, Datuk Sri Sabin Samitah dan antara panel yang akan memberikan taklimat termasuk Anggota Majlis Institut Percukaian Malaysia, Chow Chee Yen. - Bernama

No comments:

Post a Comment