info-info menarik !

Advertisement

Breaking

Wednesday, March 6, 2019

Dituduh balik Malaysia mahu bersunat, polis UK ‘rampas’ anak2 wanita ini



Ketika sedang menanti ketibaan adik tercinta bersama keluarganya pulang ke tanah air, tiba-tiba rumah mereka di United Kingdom diserbu pihak polis negara tersebut.

Menerusi laman sosial Facebook, Wan Sarah Wan Said berkata pihak polis membuat tuduhan bahawa adiknya, Nabilah membawa anak-anak balik ke Malaysia untuk bersunat.

Tambah Wan Sarah, anak-anak buahnya dibawa oleh pihak polis untuk siasatan lanjut dan terpisah daripada ibu mereka.

Malangnya Nabilah tidak mengetahui bagaimana keadaan anak-anaknya namun apa yang membimbangkan, kanak-kanak itu mempunyai ekzema manakala si bongsu pula masih menyusu badan.



Doakan untuk kami…



“Assalamualaikum, saya wakil dari family nak mohon kepada sesiapa yang baca ni doakan untuk kami.
Adik saya Nabilah & family dia sepatutnya balik ke malaysia malam ni.


“Tapi malam tadi (pukul 4 petang waktu UK) polis sana datang buat rush kat rumah dorang, tuduh nabilah balik Malaysia nanti nak sunatkan Yusairah (anak no 2 yang baru 4 bulan).

“And anak2 tu terus dibawa macam tu je. Sampai sekarang Nabilah masih tak tau keadaan anak2 dia, mana dorang tinggal, dengan siapa tinggal.

“Hati mak mana yang senang? Hampir 24 jam dah ni.. Dah la dua2 anak dia tu eczema, banyak tak boleh makan itu ini. Yang Yusairah masih fully Breastfeed. Mohon semua doakan ya,” tulisnya.



Posting tersebut menjadi tular di Facebook dengan mendapat lebih 1,300 perkongsian dan ratusan komen yang rata-rata mendoakan agar urusan keluarga mereka dipermudahkan.

Semoga Allah melindungi anak2 kecil itu…



Apa hak mereka ambil anak orang?



Kononnya mencabuli hak wanita…



Sumber : Wan Sarah Wan Said

No comments:

Post a Comment