info-info menarik !

Advertisement

Breaking

Wednesday, March 6, 2019

Cara yang betul mencuci dan menanam uri..


Bagi yang bakal menjadi bapa, haruslah mengetahui cara-cara menguruskan uri. Ia tidaklah sukar sekiranya anda baca dengan teliti. 

Pertama, basuh uri dengan air bersih supaya hilang segala darah-darah yang melekat pada uri. 

Kemudian, cuci uri dengan sabun agar hilang segala bau-bau yang boleh menarik perhatian sekalian predator-predator setelah uri ditanam nanti. 

Sambil mencuci uri itu, bacalah selawat, ayat kursi atau apa-apa doa dengan niat supaya tidak diganggu oleh jin atau binatang-binatang buas selepas ditanam nanti.

Selesai mencuci uri, bilas pula dengan air limau purut atau daunya (yang direndam dengan air suam) atau asam jawa (yang direndam dengan air suam). Ini bertujuan menghilangkan bau hanyir darah pada uri. 

Last but not least, tabur garam pada uri dengan tujuan bagi menghilangkan bau hanyir sekiranya masa ada yang melekat. 

Sebelum ditanam, bungkus uri dengan kain atau apa-apa dan tanam sedalam 1.5 kaki dan sendalkan bahagian atas tanah dengan batu agar tiada binatang yang datang mengorek tanah itu sekiranya mereka terhidu bau uri tersebut. 

Mudahkan cara menguruskannya? Semoga bermanfaat. 

Sumber: @ResepiSedap via thereporter

No comments:

Post a Comment