info-info menarik !

Advertisement

Breaking

Monday, February 4, 2019

(Video) 'Kalau beza RM40, siapa yang bebal nak naik?' - Netizen kecam pemandu teksi serang pemandu Grab


Viral di media sosial seorang pemandu teksi merakam satu keluarga memilih menggunakan perkhidmatan Grab Car selain mempertikaikan pemandunya yang didakwa berpakaian tidak sopan. 

Berdasarkan video tersebut, pemandu teksi terbabit berkata, 

"Muatan berapa orang? Enam orang? Teksi empat orang saja boleh, Grab enam orang boleh eh? Lagi Grab ah boleh pakai seluar pendek, boleh hantar orang eh? 

"Macam ini Malaysia boleh maju. Malaysia boleh maju. 

"Taxi driver mau pakai baju seragam, seluar panjang, kasut. Tapi Grab, macam ini pakai selipper," katanya. 

Difahamkan video kejadian itu dirakam di Johor Bahru dan tambang perjalanan keluarga itu ke destinasi jika menggunakan teksi adalah RM65 berbanding Grab yang hanya menggenakan tambang RM25. 

Ketika video itu dirakam, penumpang dan pemandu Grab itu langsung tidak mengendahkan tindakan pemandu teksi berkenaan. 

Sementara itu, netizen mempertikaikan tindakan pemandu teksi yang masih enggan 'move on' dan tidak sedar bahawa tindakannya itu hanya lebih menambahkan kebencian pengguna terhadap perkhidmatan teksi. 

"Kalau beza RM40, siapa yang bebal nak naik? Kereta pun bersih, tak ada bau rokok, aircond ada, fixed fare bukan main agak-agak je and lagi satu Grab boleh naik enam orang la kalau book six seater. Kalau dia tak tau la," kata @ddnainggolan. 

"Pakai baju seragam, seluar panjang, kasut tapi perangai macam bangsat pun tak guna bang..." kata @mparen. 

"Yang aku tak faham, rekod video ini selalu nak perbodohkan orang, last-last sendiri bangang. Sama la macam yang kritik orang jual arak tu. Sama-sama bangang," kata @AmirulHaziman. 



Sumber: FBtwitter

No comments:

Post a Comment