info-info menarik !

Advertisement

Breaking

Monday, February 18, 2019

'Sebenarnya kami dah bayar baru buat video, silap kami tak letak video di sebalik tabir' - Instapemes


Susulan dikecam netizen kerana buat 'challenge' kurang cerdik, Instafamous terbabit tampil memohon maaf dan memberikan penjelasan. 

Menurut Zairul, dia dan rakannya Muiz sudah membayar minuman tersebut dan meminta izin kakitangan premis untuk merakam video tersebut yang merupakan idea spontan mereka. 

"Sebenarnya saya dan seorang lagi rakan saya Muiz buat video tersebut sebab nak hiburkan hati orang terdekat dan kami sudah berpakat dengan semua orang sebelum nak buat video itu. 

"Mereka semua kawan-kawan saya. Sebenarnya kami dah bayar dulu, kemudian kami baru buat video. Kami siap minta izin mereka terlebih dahulu boleh tak buat macam tu. 

"Kemudian mereka ingat kami betul-betul tak bayar dalam video itu dan terus lari.

"Silap kami juga sebab tak letak video di sebalik tabir. Itu yang membuatkan netizen marah dan ada juga yang kata makanan itu haram dna menyamakan perbuatan itu seperti mencuri. 

"Kami manusia biasa yang melakukan kesilapan. Kami juga tak ada kuasa untuk undurkan masa tapi selepas ini kami akan cuba ubah konsep yang sesuai dengan masyarakat negara ini. 

"Idea ini datang secara spontan. Tiba-tiba terlintas di fikiran. Jadi kami terus buat saja. Lagipun ramai DM minta kami buat video sebab video yang kami buat sebelum ini mereka terhibur," katanya. 

Di Instastory pula, Zairul mendakwa perkara itu dipanaskan oleh beberapa 'page' yang didakwanya tidak profesional dan 'berterima kasih' di atas usaha tersebut. 


Semalam, video tersebut viral di media sosial di mana netizen menyelar 'challenge jangan bayar' itu tidak wajar dilakukan kerana ia boleh mempengaruhi orang lain untuk melakukan perbuatan yang sama meskipun Instafamous terbabit mendakwa mereka telah merancang perkara itu.

Selain itu, netizen mendakwa perbuatan mereka itu boleh menyebabkan penjenayah menggunakan alasan itu untuk melepaskan diri selepas melakukan jenayah itu. 










No comments:

Post a Comment