info-info menarik !

Advertisement

Breaking

Wednesday, February 20, 2019

Anak dipukul ibu dan bapa tirinya dengan kabel elektrik periuk nasi


Viral di media sosial gambar seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun didera oleh ibu bapanya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Johor, Senior Asisten Komisioner Md Yusof Ahmad berkata, pihaknya telah menahan ibu bapa kepada mangsa untuk membantu siasatan selepas disyaki mendera anak lelaki mereka di Majidee, semalam.

Difahamkan, lelaki terbabit adalah warga tempatan dan merupakan bapa tiri kepada mangsa. Manakala si ibu pula adalah warga asing.

Menurut sumber di Facebook, mangsa mengalami kecederaan teruk di bahagian belakang badan dan beberapa bahagian badan lain akibat dipukul dengan kabel elektrik periuk nasi. 



Kes dera itu terbongkar selepas jiran ternampak baju mangsa berdarah dan apabila ditanya, mangsa mengakui telah dipukul oleh bapa tiri dan ibunya.

Kedua-dua suspek disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana mendera.

No comments:

Post a Comment