info-info menarik !

Advertisement

Breaking

Monday, July 2, 2018

Tak bayar hutang? Gambar dan maklumat penghutang dipapar di papan iklan stesen bas


Sebuah bandar di timur China mempunyai cara yang tegas untuk mengajar golongan yang liat membayar hutang dengan menayangkan wajah dan data peribadi mereka di papan iklan setiap stesen bas, lapor Daily Mail.

Tindakan tegas itu dibuat oleh Mahkamah Rakyat Yuyang Yingquan di wilayah Anhui sejak bulan ini sebagai langkah mendesak golongan penghutang membayar hutang selepas gagal berbuat demikian.

Dengan langkah terbaru ini dilaporkan memberikan hasil yang positif setakat ini, sekurang-kurangnya salah seorang penghutang telah tampil dan membayar hutangnya.

Dalam papan iklan tersebut memaparkan nama, gambar dan maklumat 30 penghutang pada poster berwarna biru di setiap stesen bas di seluruh bandar itu. Mahkamah akan mengemaskinikan poster berkenaan dengan nama dan muka baru setiap bulan.

Sebaik sahaja individu terbabit telah membayar hutang mereka, satu notis besar dengan ayat "Hutang telah dibayar" akan ditampal pada maklumat penghutang berkenaan.




Menurut jurucakap mahkamah, hutang tertinggi yang dipinjam oleh salah seorang penghutang adalah kira-kira 3.2 juta yuan dan penghutang yang paling tua adalah berusia 60 tahun.

Selain di stesen bas, poster yang sama juga akan disiarkan berhampiran premis bank dan pusat komuniti.

"Mahkamah berharap, perlaksanaan langkah terbaru itu dapat mengesan mereka yang berhutang dan bawa mereka di muka pengadilan," kata jurucakapnya.

Video rakaman papan iklan yang memaparkan wajah dan maklumat penghutang itu turut tersebat di media sosial dan menjadi perbualan hangat netizen di negara itu.

"Pada bulan Julai 2013, Mahkamah Agung Rakyat memutuskan jika penghutang enggan membayar walaupun mempunyai keupayaan untuk berbuat demikian, hak privasi dan reputasi mereka harus dikawal," kata jurucakap Mahkamah Rakyat Fuyang Yingquan kepada Beijing News.

Menurut dokumen itu, nama, jantina, umur, nombor pengenalan peribadi dan butiran kesalahannya boleh dipaparkan melalui saluran awam termasuk surat khabar, televisyen, internet dan papan iklan.

Pihak berkuasa China semakin kreatif dalam membuat penghutang membayar hutang mereka dengan menjadikan poster iklan yang memaparkan gambar dan maklumat penghutang sebagai hukuman yang sudah menjadi pilihan umum.




Statistik pada bulan April menunjukkan mahkamah di China mempunyai senarai maklumat orang awam lebih dari 10.5 juta orang yang gagal membayar balik pinjaman.

Bulan lalu, Mahkamah Agung Heijang di barat daya wilayah Sichuan, China, mula mengambil langkah menayangkan gambar dan maklumat penghutang pada trailer awal lebih 30 buah filem yang ditayangkan di Pawagam Chuanyuan.

Pada bulan April lalu, Mahkamah Rakyat Zhengzhou mula mempamerkan poster yang sama di papan iklan digital di pusat beli-belah, menjelang cuti umum Hari Buruh sedunia.

No comments:

Post a Comment