info-info menarik !

Advertisement

Breaking

Sunday, July 1, 2018

'Orang Melayu sekarang orang terbangsat di Malaysia' - DS Najib


Sejak Tun Mahathir benarkan untuk rakyat bebas bersuara, makin hari makin panas berita politik kat negara kita. Tak ketinggalan, bekas PM kita, Datuk Seri Najib pun turut berani suarakan pendapat walaupun dah macam-macam berita baharu yang kita tahu tentangnya.

Menurut Berita Harian, semalam, Najib menyifatkan bahawa orang Melayu sekarang adalah yang terbangsat di negara kita sendiri. WHAATT?? Najib berkata sedemikian selepas UMNO kehilangan kuasa di Malaysia.

Najib yang juga merupakan bekas presiden UMNO juga meminta agar semua ahli UMNO letakkan kepetingan parti sebagai keuatamaan mereka dalam membina semula kekuatan. Dalam pada itu, Najib turut menggesa ahli UMNO agar belajar dari kesilapan lalu. Betul tu!

Kita perlu berhenti berbalah. Elakkan buat tomahan yang boleh menjejaskan perpaduan UMNO jika ingin memulihkan kekuatan parti dan mengangkat perjuangan agama, bangsa dan negara.

Orang Melayu jugak tak boleh berharap kepada kerajaan Pakatan Harapan untuk pertahankan dan perjuangkan nasib mereka. Kerana kekuatan parti Melayu mereka (PH) datang dari sokongan orang bukan Melayu.”

Najib juga ada mendakwa bahawa PH mengizinkan pencabulan terhadap bahasa Melayu, agenda Islam dan Bumiputera jugak tak akan mendapat tempat utama dalam pentadbiran mereka.

Saya pernah sebut Melayu akan terbangsat dekat negara sendiri kalau UMNO hilang kuasa. UMNO sekarang dah terlepas kuasa, dan mesti tabah.

Insya-Allah dengan adanya perpaduan yang lebih kukuh dan kasih kepada parti, UMNO boleh kembalikan semula keyakinan rakyat terutamanya orang Melayu.”

Rasanya dia pun tahu kenapa kita tak sokong dia kan?

via lobakmerah

No comments:

Post a Comment