info-info menarik !

Advertisement

Breaking

Wednesday, July 4, 2018

Ellie Suriati Cetus Provokasi Laung Sokong Naji


Semua pun sedia maklum, Datuk Seri Najib Razak telah dihadapkan ke mahkamah pagi tadi di atas kesalahan pecah amanah.

Semasa ketibaan dan sepanjang beliau di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, kawasan tersebut telah dibanjiri oleh ramai penyokong Najib yang berteriak sebagai tanda memberikan sokongan buat bekas PM Malaysia itu.

Diantara penyokong yang hadir adalah pelakon yang terkenal dengan memegang watak sebagai Pah Bedah iaitu Ellie Suriati yang turut hadir bersama hampir 50 orang penyokong Najib yang lain. Mereka sanggup menunggu di luar mahkamah menantikan proses pendakwaan dijalankan, lapor mStar.



Menurut Kosmo, penyokong-penyokong Najib telah menyebabkan kekecohan sehingga diberi amaran oleh pihak polis selepas mencetuskan provokasi.

Ellie Suriati, 48, juga merupakan antara ratusan penyokong Najib yang melaungkan perkataan “bebas Najib”, serta diikuti laungan lain oleh mereka iaitu “hidup Melayu” dan “Bahasa Melayu” berulang kali.



Tindakan itu dipercayai disebabkan oleh permintaan Peguam Negara, Tommy Thomas yang mahukan perbicaraan ke atas Najib dijalankan dalam bahasa Inggeris.

Sorakan kuat di lobi mahkamah menyebabkan sidang akhbar yang sepatutnya dilakukan oleh Tommy terganggu dan terpaksa dipindahkan ke luar Mahkamah Tinggi Jenayah.

Walau bagaimanapun, difahamkan, pengarah filem terkenal itu hanya diberikan amaran dan tidak ditahan polis.

Bersemangat betul Ellie memberikan sokongan buat Najib.

No comments:

Post a Comment