info-info menarik !

Advertisement

Breaking

Sunday, July 1, 2018

'Anak dia, dia punya suka la, janji tak mudarat'


Tak ada ‘life’ duduk asrama sebab tak ada hiburan. Sebab tu ramai pelajar yang curi-curi bawak handphone ke sekolah. Memang banggalah kalau tak kantoi tapi kalau kena tangkap, memang nayalah.

Lain pula ceritanya apabila viral baru-baru ini di Facebook seorang pelajar kantoi dengan ayahnya sendiri sebab curi-curi beli handphone di luar pengetahuannya. Pengakhiran cerita ini tidak indah sebab ayahnya bertindak memecahkan handphone tu sampai berderai.


Pada awalnya, si ayah cuba nego secara baik meminta handphone tersebut tetapi anaknya buat keras kepala. Dah kena rotan sampai lembek barulah anaknya mengalah dan serahkan handphone tersebut. Darah remaja yang tengah panas memang macam ni kannn…

Disebabkan itu, anaknya mula buat perangai tak semenggah dan memprotes tak mahu pulang ke asrama sekolah tahfiz walaupun cuti sekolah dah habis. Sikap dia tu buatkan ayahnya bertindak pecahkan handphone tu tanpa kompromi.


Rata-rata netizen memberi support terhadap tindakan ayah pelajar tu dan menganggap tindakan ‘keras’ tersebut boleh mengajar dia supaya lebih berdisiplin dan mendengar kata.


Tetapi ada juga beberapa netizen yang condemn dan berkata ‘pengajaran’ yang diberi oleh si ayah tu agak keterlaluan. Ayah pelajar tersebut dengan cool membalas komen kritikan tersebut.


Seorang netizen bagaimanapun back-up ayah pelajar tersebut dengan menceritakan pengalamannya sebagai seorang guru yang pernah merampas handphone pelajar di sekolah.


Beberapa netizen mengambil langkah untuk tidak masuk campur sebab lain keluarga, lain didikannya jadi “Dia punya anak, dia punya suka”. Selagi tak memudaratkan, siapa kita nak kritik cara hidup orang lain kan?

Handphone ni kalau digunakan dengan cara yang betul, banyak faedahnya. Fikir-fikirkan lah…

No comments:

Post a Comment