info-info menarik !

Advertisement

Breaking

Saturday, June 23, 2018

'Way to go YB!' - Mat Sabu selamba bawa staf makan tepi jalan!


Memegang jawatan sebagai salah seorang menteri tidak mengubah diri personaliti politik, Mohamad Sabu untuk mendekati dan bergaul dengan masyarakat setempat.

Baru-baru ini, beliau yang lebih terkenal dengan panggilan Mat Sabu sekali lagi menjadi sebutan apabila dengan selamba lepak mengisi perut yang lapar di sebuah restoran di tepi jalan!

Menerusi akaun rasmi Twitter miliknya, Menteri Pertahanan itu telah memuat naik beberapa keping gambar ketika sedang menikmati makan tengahari di restoran Nasi Kandar Sulaiman Sukran, Segambut di ibu negara.



“Makan tengahari bersama staf pejabat di kedai nasi kandar Sulaiman Sukran di Segambut. Di sini gulai kambingnya sangat sedap,” ujarnya menerusi posting tersebut.

Gambar berkenaan mengundang perhatian netizen yang memberikan pelbagai reaksi positif terhadap sifat dan sikapnya yang rajin untuk ‘turun padang’ melawat kawasan di sekitarnya.

Rata-rata menyifatkan tindakan Mat Sabu itu adalah yang terbaik dalam mendekati, memahami serta menyelesaikan masalah rakyat.


Mana tahu dapat dengar suara rakyat…




Tindakan yang terbaik!




Contoh kepada pemimpin lain…




Rendah diri & mudah didekati…



Terdahulu, dalam satu temu bual bersama Astro AWANI, beliau pernah menyatakan bahawa dirinya gemar bergaul dengan orang ramai tanpa layanan diskriminasi.

“Saya tak ada beza apa-apa. Saya tetap Mat Sabu, tetap berkawan dengan semua. Saya tak mahu jawatan mengubah saya. Saya suka bergaul dengan orang ramai tak kira waktu dan masa,” katanya.

Sumber : Mat Sabu , Astro AWANI

No comments:

Post a Comment