info-info menarik !

Advertisement

Breaking

Monday, June 4, 2018

'Tu Farah Nabila, bukannya Nabila Razali' - Tak kenal artis baru, Remy Ishak dibahan netizen di Instagram


Gara-gara tersilap meletakkan nama Farah Nabila sebagai Nabila Razali pada gambar di Instagram, Remy Ishak telah menjadi bahan ketawa netizen sejak semalam.

Remy yang bergambar dengan pelakon Farah Nabila ketika beliau sedang menyediakan bubur lambuk untuk pengunjung bazaar di Dataran 1 Malaysia, Klebang telah tersilap meletakkan nama penyanyi Nabila Razali pada kapsyen gambar mereka berdua di Instagram beliau.

Insiden ini kemudiannya telah mendapat perhatian netizen yang menganggap ianya merupakan suatu perkara yang melucukan kerana kegagalan Remy untuk mengenali rakan artisnya itu.


Menyedari kesilapannya itu, Remy kemudian telah cepat-cepat memperbetulkan kembali nama pelakon itu kapsyen gambar tersebut.

Patutlah tersedak tadi


Gambar yang turut mendapat perhatian Nabila Razali yang turut tidak ketinggalan untuk meninggalkan komen untuk ‘membahan’ Remy di atas kesilapannya itu.


Sorry tak cukup tidur


Remy kemudiannya telah membalas komen Nabila Razali dengan memberitahu dia terlalu mengantuk sehingga tidak fokus ketika mengenalpasti pelakon tersebut.


Sumber : mStar

No comments:

Post a Comment