info-info menarik !

Advertisement

Breaking

Friday, June 22, 2018

Tertusuk alat mainan, mata Betty Banafe hampir buta!!


Seseorang yang mengalami cacat penglihatan atau buta sudah tentu sukar untuk menjalani kehidupan apabila pergerakan mereka sering terbatas untuk melakukan semua perkara.

Mungkin itulah yang dapat digambarkan oleh pelakon Betty Banafe apabila matanya nyaris hilang penglihatan gara-gara alat permainan anaknya.




Walau bagaimanapun, pelakon drama bersiri Spa Q itu bersyukur apabila masih diberi penglihatan kerana hanya mengalami luka di dalam matanya.

“Bersyukur kita masih boleh nampak. Alhamdulillah, bayangkan mereka yang buta permanently. Salute pengorbanan mereka dan orang sekeliling mereka.

“Kuatnya semangat mereka untuk hidup dan terus hidup kerana Allah. Bagi mereka yang tersenyum melihat orang lagi menderita, bersihkanlah hatimu kerana waktu kita akan datang dengan cubaan yang sama atau yang lainnya.

“Doakan yang baik-baik buat kami sekeluarga. Terima kasih bagi yang mulia hatinya. Anakku tertusuk mataku dengan mainan legonya.


A post shared by Betty Banafe (@bettybanafe) on


Tambah Betty, dia menganggap kejadian tersebut merupakan pengorbanan buat para ibu yang memiliki anak lasak serta mendoakan supaya diberi kesabaran dalam membesarkan mereka.

“Pengorbanan seorang ibu pada anaknya yang aktif MasyaAllah hingga melukakan mata hitamnya. Semoga kita para ibu diberi kesabaran yang tertinggi. Amin Ya Rab,” ujarnya menerusi posting di laman Instagram miliknya.



Betty atau nama sebenarnya Betty Ibtisam Abu Bakar Banafe mendirikan rumah tangga dengan Bruce Darghous pada 8 Disember 2012 serta dikurniakan sepasang cahaya mata, Julia Claire Dargus dan Bruce Dean Dargus.

Sumber : Betty Banafe

No comments:

Post a Comment