info-info menarik !

Advertisement

Breaking

Tuesday, June 12, 2018

'Tak Sangka!" - Inilah jumlah gaji-gaji penasihat Najib!


Kehidupan mewah bekas Perdana Menteri dan keluarganya bukan lagi satu perkara yang mengejutkan lepas beratus-ratus beg tangan dirampas dari kediaman mereka. Kali ni terbongkar pula satu lagi kejahilan pentadbiran Datuk Seri Najib apabila dia membayar beberapa penasihatnya dengan gaji antara RM70,000 hingga RM200,000 sebulan! Fuuhhhh!

Menurut The Malaysian Insight, perkara ni didedahkan lepas beberapa fail sulit dijumpai di Putrajaya yang mendapati penasihat di Jabatan Perdana Menteri dibayar RM200,000 sebulan iaitu 10 kali ganda gaji PM!

Berikutan pembongkaran ni, penasihat yang terbabit dah diminta letak jawatan. Siasatan daripada fail tersebut dedahkan pegawai kerajaan, penasihat dan eksekutif kanan syarikat yang berkait dengan kerajaan ditadbir Najib bayar diri mereka sendiri atau dibayar gaji melebih sektor swasta.

Perlantikan pegawai-pegawai ni jugak ialah balasan kepada kesetiaan dorang yang menyokong Najib dengan memberikan gaji dengan nilai yang tinggi. Amboi untunglah dibayar beratus ribu yee!

“Kebanyakan mereka menerima gaji antara RM70,000 hingga RM200,000. Setakat ini, kami hanya jumpa seorang yang dibayar gaji RM200,000 sebulan.

“Mereka bukan saja dapat gaji tinggi, mereka juga menikmati banyak kemudahan dan imbuhan yang datang dengan kedudukan itu,” kata sumber.


Sumber jugak memaklumkan, sebaik saja BN diisytihar kalah PRU14, semua pegawai lantikan Putrajaya ni tidak masuk ke pejabat lagi. Mereka ini menerima gaji yang tinggi dah diberi tugas untuk kendali jenama 1Malaysia.

“Semua pegawai ini tidak lagi digajikan oleh kerajaan. Kebanyakan mereka sudah mengosongkan pejabat selepas BN kalah.

“Mereka sama ada keluar sendiri, tanpa memberitahu kami, atau diminta meninggalkan pejabat serta merta,” tambah sumber itu.

Semua pegawai yang bersara ni menurut sumber akan dikeluarkan surat penamatan kontrak atau kontrak mereka takkan diperbaharui lagi.

Makin lama makin banyak pula yang terbongkar. Tak sangka macam ni teruk pentadbiran negara kita sebelum ni.

Sumber : The Malaysian Insight

No comments:

Post a Comment