info-info menarik !

Advertisement

Breaking

Sunday, June 3, 2018

'Syurga tempat mu..' - Sukarelawan Palestin mati ditembak tentera Israel ketika memberi bantuan perubatan kepada mangsa lain


Seorang sukarelawan wanita Palestin mati ditembak tentera Israel berhampiran sempadan Gaza dalam insiden keganasan tunjuk perasaan terbaharu. 

Mangsa, Razan al-Najjar, 21, ditembak tentera Israel di Khan Yunis, selatan wilayah itu semalam ketika tunjuk perasaan 'The Great March of Return' semalam, kata jurucakap Kementerian Kesihatan, Ashraf al-Qadra.

Kejadian itu menjadikan jumlah keseluruhan penduduk Gaza maut akibat tembakan tentera Zionis meningkat kepada 123, sejak Mac lalu. 

Najjar merupakan sukarelawan kementerian memakai seragam perubatan ditembak di bahagian dada semasa beliau sedang memberi bantuan perubatan kepada penunjuk perasaan yang mengalami kecederaan di pagar sempadan. 

"Ribuan penunjuk perasaan berkumpul di lima lokasi di sepanjang sempadan dengan membakar tayar berhampiran pagar keselamatan serta cuba merosakkan kemudahan keselamatan," menurut kenyataan tentera Israel yang juga sedang menyiasat kejadian yang menimpa Najjar itu. 

Menurut sumber lain, Najjar pernah berkata, "Setiap hari akan ada yang gugur syahid di Gaza dan mereka itu lebih mulia dari saya. Saya mengharapkan saya juga syahid seperti mereka."










Dalam kejadian itu, lebih kurang 100 penunjuk perasaan cedera, termasuk 40 yang ditembak menggunakan peluru hidup. 

Kematian dan kecederaan itu terjadi tatkala ketegangan memuncak antara askar rejim Zionis dan kumpulan pejuang Palestin di Semenanjung Gaza, sejak beberapa hari lalu.

Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) dan kumpulan Jihad Islam menembak berpuluh-puluh roket dan mortar ke arah Israel sejak beberapa hari lalu, sementara rejim Zionis pula membalas dengan melakukan serangan udara ke atas Semenanjung Gaza.

Hamas dan Jihad Islam juga mengeluarkan kenyataan bersama yang mengatakan mereka bersetuju untuk gencatan senjata dengan rejim Zionis dan bersedia menghentikan serangan roket dan mortar ke arah Israel.

Israel bagaimanapun, menafikan mereka bersetuju dengan gencatan senjata itu, tetapi memberitahu mereka tidak bercadang meningkatkan kempen ketenteraan di Semenanjung Gaza. – Agensi

No comments:

Post a Comment