info-info menarik !

Advertisement

Breaking

Monday, June 4, 2018

'Sumpah tak curi!' - Pelajar kantoi curi laptop Predator RM5,999


Kehilangan laptop berharga RM5,999 membuatkan pelajar ini tak senang duduk dan puas bertanya pada rakan-rakan jika ada yang 'mengambil' laptopnya itu. Malangnya tiada seorang pun yang mengaku, memaksa pelajar ini meminta bantuan ahli keluarganya. 

Menurut abangnya, @symzmn yang berkongsikan kronologi kejadian itu di Twitternya berkata, individu yang mengambil laptop itu adalah rakan kepada adiknya sendiri yang terdahulu bermati-matian mengaku tidak melakukan perbuatan terkutuk itu. 

Segalanya terbongkar apabila ada rakan mangsa yang memaklumkan seorang penjual laptop baru saja mengiklankan laptop jenama sama dengan milik mangsa menyebabkan mereka mula curiga dan menyiasatnya.


MINGGU lepas, laptop adik aku hilang di UiTM. Baru beli tak sampai sebulan lepas, harga RM5,999. Dah cakap dah, jangan beli mahal-mahal. Dan semalam juga dapat tangkap budak itu. Nasib baik kawan adik aku nampak iklan nak jual laptop Predator baru dan siap waranti lagi. 


Terus aku WhatsApp dealer ini nak tengok spec laptop depan-depan. Deal sekejap nak tengok waranti, terus dia bagi gambar waranti dan nombor sirinya ditutup. Tetapi masih boleh detect tarikh dan yang lain-lain semua sama. 

Apa lagi, set masa dan masa itu juga kumpul adik beradik dengan sepupu plan nak tangkap dealer ini. Deal di McDonald's Batu Caves. 

Menurut adik aku, dealer itu sebenarnya tidak bersalah sebab dia memang penjual laptop di UIA sebelum itu. Jadi, belum 100 peratus lagi bahawa laptop itu milik adik aku dan nombor sirinya masih belum diketahui. Jadi, kami buat-buat nice saja. 


Sampai di sana, aku dengan abang ipar aku deal. Kakak dengan adik aku jaga pintu dan abang serta sepupu aku duduk tepi. Tengok spec semua sama macam laptop adik aku punya. Sekali dealer pusing belakang laptop sebab nak tengok bateri, aku perhati nombor siri dulu. 

Memang sah laptop adik aku! Memang anginlah semua. Tetapi ajak dealer pergi balai. Tak sampai lagi balai, dia beritahu yang dia tidak bersalah sebab dia beli laptop ini dari budak lain petang itu juga dengan harga RM3,300. 

Rupa-rupanya kawan adik aku sendiri yang buat kerja ini sebab gambar profile WhatsApp terpapar muka dia. Punyalah hari kejadian dia bersumpah yang dia tak curi laptop. Memang benganglah kitorang dan dealer yang kena tipu itu. 


Ajak pergi jumpa depan balai tak nak, sebab tak ada transport. Memang maralah kitorang. Pastu deal di area rumah dia dekat McDonald's Curve. Rasa panas itu membuak-buaklah sebab jauh kot? 

Sampai saja, suruh budak yang curi itu bayar balik RM3,300 itu kepada dealer laptop itu. Menggelupurlah dia nak bayar kan sebab dah jam 12 pagi. Last-last kena tnggu sebab sistem pembankan tergendala. 

Lepak McDonald's kejap, bagi aiskrim pada budak pencuri itu sebab kitorang pun ada hati dan perasaan sambil menunggu pukul 1 pagi untuk transfer duit. 

Cerita punya cerita, pencuri ini rupanya tahi ganja juga. Nak duit untuk beli ganja. Aduh! Memang nak ke balai, rosak pula masa depan budak ini. Memang kenalah. 

Rupa-rupanya bukan dia seorang saja yang buat 'kerja' ini, kawan-kawan dia pun terlibat sama. Sama kos dan sama batch engineering. Memang masaklah budak-budak ini. Nasib baik duit dengan laptop semua dapat balik. 

Report yang lepas-lepas biar UiTM yang uruskan. Nak kena buang pi lantaklah. 

Di sini aku nak beritahu: 
  • Kawan-kawan kau pun tak boleh percaya sangat sebenarnya.
  • Dealer laptop tolong minta resit dan maklumat penjual laptop kepada anda, senang nak trace bila apa-apa terjadi. 
  • Laptop Acer Predator ini hilang pun tak apa sebenarnya sebab ada lost warranty. 


Lagi satu, kalau beritahu awal, senang saja aku trace guna Google dan IP address. Boleh tahu last guna laptop itu bila. Syukurlah tiada apa-apa yang terjadi semalam. 

Sumber: @symzmn

No comments:

Post a Comment