info-info menarik !

Advertisement

Breaking

Friday, June 1, 2018

'Sekarang pun kiut miut lagi tau' – Lan Solo kongsi gambar bibir anak selepas pembedahan


Baru-baru ini, anak keempat Lan Solo, Nur Amna Quxandra telah dimasukkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk menjalani pembedahan untuk mencantum bahagian sumbing di bibir anaknya itu.



Pembedahan yang bermula pada pukul 9.30 pagi itu telah mengambil masa selama tiga jam dan berakhir pada pukul 11.40 pagi.



Lan Solo yang teruja dengan hasil pembedahan itu telah berkongsi gambar terkini anaknya itu di Instagram.













Di dalam postingnya itu, Lan Solo telah memperkenalkan wajah terkini anaknya, Baby Xandra selepas menjalani pembedahan kepada para pengikutnya di Instagram.



Menurut Lan, anaknya itu kini sudah ditempatkan di wad biasa dan dijangka akan dibenarkan pulang esok sekiranya dia dapat menyusu dengan botol seperti biasa dan kesihatannya baik.



Tambah Lan lagi, beliau diminta untuk datang semula ke hospital selepas seminggu bagi membuka jahitan, selain melakukan pemeriksaan lanjutan terhadap kesan pembedahan itu.



Isteri Lan, Nur Sheila Hassim melahirkan Quxandra pada 24 Februari lalu di sebuah pusat perubatan swasta, di sini.



Selain Quxandra, pasangan yang mendirikan rumah tangga pada 6 Disember 2009 itu turut diserikan dengan tiga cahaya mata lain, Nur Amna Qaleesya, 6, Nur Amna Qeesyara, 4 dan Muhammad Akid Qassyaff, 3.



Sumber : BH

No comments:

Post a Comment