info-info menarik !

Advertisement

Breaking

Wednesday, June 6, 2018

Panik kalau tengok anak cedera parah & berdarah teruk!


Mana-mana ibu dalam dunia ni pun mesti akan panik kalau tengok anak yang disayangi dalam keadaan cedera parah atau berdarah teruk. Mana taknya buka-buka mata je tengok muka anak kat sebelah penuh dengan darah macam baru kena pukul!

Tapi korang jangan lah panik lagi sebab si ibu ni rupa-rupanya kena prank dengan anak sendiri. Alamak! Menerusi perkongsian pengguna Facebook bernama Wella Wewel dari Filipina, dia telah ceritakan detik-detik ‘cemas’ tu bila terlihat keadaan muka anaknya yang berlumuran dengan so called darah! Ish, ish, ish!

“Ketika kejadian tu berlaku, kami (Wella dan anaknya) nak tidur petang sekejap sebelum anak perempuan saya buka laci yang penuh dengan alat solek dan keluarkan barang-barang tu semua.

“Saya terus pegang dia dan ambil barang-barang yang dikeluarkan untuk disimpan semula dalam laci, dan kemudian kami masuk tidur.

“Saya beri dia minum susu dan dia menunjukkan tanda-tanda mengantuk. Saya pun dalam keadaan pening tertidur selama 15 minit,” kata Wella.


Namun dia sangat terkejut lepas terjaga dari lena yang singkat tu. Muka anaknya tetiba berlumuran darah!

“Alangkah terkejutnya saya apabila melihat wajahnya penuh dengan kesan merah (saya ingat tu darah). Saya hampir pengsan dan dapat serangan jantung, namun saya cepat-cepat buka lampu (bilik saya pakai lampu malap) dan saya tengok lipstick warna merah menyala ada ditepinya dan kesan merah tadi rupanya lipstick je!” luah Wella.



Aduh kalau kita mati keras tengok anak berlumuran darah macam tu kan. Pandai sungguh anak Wella main ‘prank’ dengan dia ye!

Sumber : Wella Wewel via lobakmerah

No comments:

Post a Comment