info-info menarik !

Advertisement

Breaking

Friday, June 8, 2018

'Mulut orang lelaki sekarang memang jahat' - Sentap ditegur peminat tentang gaya pemakaian, Jasmin Hamid luah perasaan di Instagram


Rasanya ramai yang ketahui netizen di Malaysia sememangnya terkenal dengan sifat prihatin mereka tentang kehidupan orang lain. Lebih-lebih lagi apabila melibatkan isu-isu tentang aurat dan aib wanita, ramai saja yang menjadi berebut-rebut menjadi moral police untuk memperbetulkan kesilapan orang lain.

Mungkin ada kalanya, pendekatan yang digunakan oleh mereka ini tidak sesuai pada tempat dan situasi dan kadang-kadang boleh mengguris hati dan perasaan orang yang ingin ditegur mereka itu.

Baru-baru ini, pelakon Jasmin Hamid telah berkongsi DM yang diterima oleh beliau daripada seorang lelaki yang tidak dikenali. Di dalam DM tersebut, lelaki itu telah menegur gaya pemakaian pelakon telemovie Rezeki Tanpa Alamat itu.

Sebagai seorang Muslim, lelaki itu memulakan perbualan beliau dengan memberikan salam sebelum mula menyentuh usia dan mempertikaikan tindakan Jasmin yang sering berkongsi tentang kebaikan lailatul qadar di Instagram beliau.


Mungkin kerana pendekatan yang diguna pakai oleh lelaki itu tidak kena pada caranya dan telah membuatkan pelakon jelita itu ‘sentap’ dan meluahkan perasaan beliau di Instagram.

Niat tidak menghalalkan cara

Alhamdulillah… Walaupun kamu hantar DM tapi kata-kata kamu telah mengguris perasaan saya.. Tidak bermakna kamu DM, kamu boleh cakap apa sahaja tanpa mengira perasaan orang lain dengan alasan tidak mahu MENGAIBKAN..

Beginikah cara kamu untuk mengajak orang menuju ke jalan Allah?

Beginikah cara orang yang mempunyai IMAN berbicara? .

JAHATNYA MULUT ORANG LELAKI SEKARANG NI??? APAKAH??? Itu dosa saya dengan Allah dan bagaimana pula dosa kamu dengan orang yang kamu guris perasaannya?

Adakah kamu sudah pasti bahawa segala amalan kamu di terima Allah dan kamu sempat bertaubat sebelum di jemput pulang nanti? Kerana itu semua rahsia ALLAH..
Adakah Islam ini kerjanya hanya bercerita tentang Hukum dan api neraka sahaja?

Kenapa tidak kamu bercerita dan memberitahu kepada kami yang kamu anggap JAHIL dan menjadi bara api neraka ini tentang INDAHNYA ISLAM untuk lembutkan hati kami agar kami lebih dekatkan diri padaNya..

Beginikah cara orang yang mempunyai IMAN berbicara? .

Orang yang tinggi ilmu agamanya tak pernah menghukum orang lain…

Orang -orang yang saya kenal dengan TINGGI ILMU AGAMANYA dan BERIMAN , tidak pernah menghukum orang lain malah LISAN mereka amat lembut dan amat menyenangkan hati bila berbicara dengan mereka dan membuatkan diri ingin mendekati orang-orang ini…

Saya hanya hambaNya yang lemah dan tidak pernah terlepas dari membuat kesilapan…

Saya juga berusaha mencari jalan yang di redhai Allah.. Kalau begini cara kamu berdakwah, tidak mustahil orang yang kamu anggap Jahil akan pergi jauh dari kamu.. Jangan sampai segala amalan kamu BOCOR kerana RIYA.. .
JANGAN TAKABUR dengan ILMU yang kamu ada kerana ALLAH MAHA MENGETAHUI..

Jaga adab bila masuk rumah orang kalau kamu rasa kamu penuh IMAN DI DADA…

Buka mata masyarakat, jangan cepat sangat menghukum.

Inilah mesej yang ingin di sampaikan dalam drama #nur untuk buka mata masyarakat yang hanya tahu menghukum, bukan mahu mendidik ke jalan Allah..

Ramai la pulak lagi yang nak kena BLOCK ni… Sibuk sangat tentang TUDUNG. Macamana pula dengan orang yang bertudung tapi TAK SOLAT , masih lakukan kemungkaran dan bertudung tapi tidak menurut Syariat Islam?

Adakah tudung hanya ingin tutup mulut manusia sahaja? Ini yang banyak terjadi sekarang terutama waktu buka puasa di luar sampai terlepas SOLAT MAGHRIB..

Sumber : IG Jasmin Hamid

No comments:

Post a Comment