info-info menarik !

Advertisement

Breaking

Sunday, June 3, 2018

Muat naik posting tekanan mental, rakan baik dakwa Faiz Roslan ingin bunuh diri?


Kalau dahulu apabila tiba bulan Ramadan, kita hanya perlu menahan lapar dan dahaga. Namun sejak kebelakangan ini, ada segelintir kita terpaksa berpuasa daripada laman media sosial untuk mengelakkan dosa kering secara percuma.

Tetapi terdapat juga individu yang seakan-akan tidak menghormati bulan mulia ini dengan memuat naik video yang bercanggah dengan nilai Islam dan memalukan diri sendiri.

Bermula dengan video parodi menari dalam kea­daan berpakaian wanita sehingga video pengakuan tidak berpuasa, selebriti media sosial Faiz Roslan menerima bertubi-tubi cacian dan makian.

Walaupun Faiz telah tampil memohon maaf atas tindakan tersebut, namun masih ramai yang tidak boleh menerima kelakuan yang menjengkelkan itu.

Terbaru, seorang rakannya tampil mendakwa emosi dan mental remaja berusia 18 tahun itu kini tidak stabil dan meminta orang ramai untuk berhenti mengecam Faiz.



Menurut rakannya itu, Faiz telah memuat naik beberapa posting berkaitan gangguan mental yang menyatakan hampir melakukan sesuatu yang buruk pada dirinya akibat terlalu tertekan dengan apa yang telah berlaku.

‘Famous is nothing’





Mungkin sudah tiba masanya untuk Faiz berfikir sejenak apakah sumbangan dirinya buat orang ramai terutamanya bagi pengguna laman media sosial.

Berhibur tiada salahnya, tetapi jangan sampai mencetuskan provokasi berkaitan nilai agama Islam sehingga membangkitkan kemarahan netizen di Malaysia.

Sumber : Andre

No comments:

Post a Comment