info-info menarik !

Advertisement

Breaking

Friday, June 8, 2018

Merbahaya! - 'Warna ayam goreng kat mamak mesti nampak menarik, rupa-rupanya ini sebabnya....'


Lepas saja kes Raj’s Banana Leaf ditutup sebab restorannya tak menepati tahap kebersihan yang ditetapkan serta pekerja basuh pinggan makan dekat air becak, nampaknya makin banyak pula restoran-restoran lain yang terkena tempiasnya. Semua ni buat admin terfikir-fikir, betul sihat ke makanan yang kita makan selama ni?

Baru-baru ni, timbul pulak satu kes yang melibatkan kedai makanan yang telah ditutup kerana melanggari tahap kesihatan dan keselamatan, dan kini ia di Taiping, Perak. Menurut WORLD OF BUZZ, kedai makan tersebut merupakan restoran mamak yang tak lepas ujian pemeriksaan yang dijalankan pihak berkuasa.

Kedai makan tu didapati memang tak bersih langsung dan makanan pun disediakan tanpa ikut peraturan. Sebelum ni, ada jugak dakwaan yang kata kedai mamak tu menyediakan ayam goreng yang telah diwarnakan dengan pewarna yang tak selamat supaya ayam tu nampak lebih lazat dan menyelerakan! Whaaatt?? Ayam pun letak colouring keee?


Pengarah Kesihatan Perak, Ding Lay Ming berkata pihak berkuasa sedar akan dakwaan tersebut dan dah merampas barang-barang yang disyaki berbahaya untuk dikaji. Tambahnya lagi, kedai mamak tu pun dah ditutup sejak 31 Mei lepas dan akan dibuka lepas 14 hari. Kemudian terpulanglah kepada kedai mamak tersebut untuk buat sebarang perubahan.

Ding jugak mengesahkan pewarna yang digunakan kedai makan tersebut memang berbahaya dan tindakan akan diambil dengan segera.

Aduhai peniaga ni! Sebelum nak sediakan makanan untuk pelanggan pastikan bahan yang digunakan tu selamat. Ini melibatkan nyawa orang tau!

Sumber : WORLD OF BUZZ

No comments:

Post a Comment