info-info menarik !

Advertisement

Breaking

Friday, June 1, 2018

'Mahu video lucah disekat - Fathia dikecam netizen?


Kita dah sedia maklum pelakon cantik Fathia Latiff sangat lantang apabila berkata-kata mengenai politik dan perihal pembaharuan. Dia juga memang terkenal sebagai penyokong setia Perdana Menteri Ketujuh, Tun Dr Mahathir Mohamad.



Dengan tampuk kepimpinan yang baru, Fathia juga mengharapkan pembaharuan dalam membendung masalah akhlak dan sosial daripada terus menular dalam kalangan golongan muda dekat Malaysia ni.



Mahu video lucah disekat



So, dia pun dah menggunakan Twitter untuk menyampaikan cadangannya yang sebenarnya bagus. Dalam tweet yang sama, dia siap tag Tun M supaya cadangannya sampai kepada pengetahuan PM.



Dalam tweet tu, Fathia minta supaya pihak berkuasa menyekat video-video lucah yang tersebar secara meluas bagi melindungi remaja bawah umur yang menggunakan media sosial tanpa pengawasan ibu bapa dan penjaga.






Namun begitu, niat baik Fathia telah mendapat kecaman dan sindiran daripada orang ramai kerana dia juga pernah terlibat dalam sebuah video berbaur lucah menerusi aplikasi Bigo Live.



Pendapat tak disenangi



Rata-rata mengatakan pihak berkuasa perlu mulakan dengan menyekat video Bigo kerana terdapat artis yang joget dengan pakaian yang menampakkan badannya dan ada juga yang mengingatkan Fathia sendiri pernah membuat video lucah.






Redha dengan apa yang pernah terjadi



Walaupun dikecam, Fathia tidak cepat melatah malah redha dengan apa yang dah terjadi terhadapnya dan menganggap semua itu adalah ujian daripada Tuhan yang ingin dia menjadi insan yang lebih baik.






Ada yang setuju dengan cadangan



Apa-apa pun, masih ada juga yang menyetujui dan mengambil serius cadangan Fathia itu dan turut berharap agar pihak yang berkaitan akan mula sekat video dan website yang mengandungi perkara yang tak senonoh.






Perkara yang lama bolehlah dilupakan lagi-lagi sebab Fathia dah pun minta maaf dan menyesali perbuatan dia tu. Tak baik menyindir dan kecam orang sampai macam tu sekali sedangkan dia berniat baik nak menyatakan cadangan sebegitu.



Korang ni cakap benda tak elok, Tun M kan ditag jugak tu.



Sumber : Instagram

No comments:

Post a Comment