info-info menarik !

Advertisement

Breaking

Tuesday, June 12, 2018

Kedai di Cheras 'Kantoi' Sembelih Daging Anjing?


Beberapa warga asing yang bekerja di kedai pembekal daging panggang baru-baru ni telah didedahkan menyembelih anjing dan memasaknya di sebuah restoran yang menjual hidangan ayam dan itik, lapor WORLD OF BUZZ. Lebih teruk lagi, kejadian ni bukannya berlaku kat negeri China tapi kat sini di Malaysia atau lebih tepat kat Cheras jeee!



Menurut seorang saksi bernama Yap, dia dan kawannya tengah makan-makan kat satu restoran dalam jam 10 malam macam tu sebelum dia dengar bunyi seekor anjing tengah menyalak kesakitan di lorong belakang. Dia kemudian periksa ke tempat kejadian dan terkejut dengan apa yang dilihatnya.

*Amaran: kalau lemah semangat jangan tengok!



“Saya dah kawan-kawan masuk ke dalam kedai tu dan dapati ada satu besen penuh dengan daging anjing. Kami ambil beberapa keping gambar bukti dan buat laporan polis,” katanya.

Video yang viral ni telah mendapat perhatian peminat anjing yang jugak telah membuat laporan di balai polis. Bila yang terbabit disoal, pekerja warga asing tu memberitahu yang penduduk kawasan tak benarkan mereka bela anjing di rumah, jadi mereka tak ada pilihan lain dengan membunuh anjing tu dan memakannya. Whatttt? Gilo ke apo ni?

Mereka jugak menambah, daging anjing tu untuk makanan mereka sendiri dan bukan untuk dijual kepada pelanggan. Yuckkkk!

Difahamkan pihak polis kini sedang menyiasat kes ni dan kedai daging panggang tu terletak di alamat ini: Jalan 8/95B off Jalan Kuari, Taman Cheras Utama.

Alahai loya tekak ni haaa! Kawan-kawan non muslim hati-hati lah ye kalau nak makan kat mana-mana kedai macam ni.

Kepada rakan bukan Islam kami nak khabarkan supaya berhati-hati!

via lobakmerah

No comments:

Post a Comment