info-info menarik !

Advertisement

Breaking

Friday, June 1, 2018

'Kantoi lari ke indonesia?' - Jamal Yunos diburu polis!


Sejak Jumaat lalu, Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar Jamal Yunos diburu polis. Beliau telah diminta untuk menyerahkan diri kepada pihak berkuasa kerana dikehendaki dalam enam kes.


Walaupun beliau telah berjanji nak serahkan diri semalam, namun, beliau gagal munculkan diri. Menurut WORLD OF BUZZ, polis mendapati Jamal kini telah melarikan diri ke Pulau Karimun, Indonesia pada Ahad lalu.


Pulau Karimun terletak hanya satu jam daripada Johor dan terkenal sebagai tempat perniagaan pelacuran. Dikatakan rakyat Malaysia dan Singapura akan ke sana pada hujung minggu untuk ‘berseronok’.


Walau bagaimanapun, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat enggan mengesahkan berita ini yang pada asalnya dilaporkan oleh Sinchew dan hanya mengatakan polis sedang menjalankan tugas mereka sebaiknya dalam mengesan Jamal.







Pihak polis juga turut meminta Jabatan Imigresen Johor untuk menghalang Jamal keluar dari negara serta sedang mendapatkan waran tangkap ke atasnya.


Buat masa ini takde apa lagi kepastian. Kita nantikan perkembangan kes ini ye.


Sumber : Sinchew, WORLD OF BUZZ

No comments:

Post a Comment