info-info menarik !

Advertisement

Breaking

Sunday, June 3, 2018

'Hebat Rosyam Nor dah ada pasaraya. Kedai selesa, harga pula murah gila!'


p>Hari yang bersejarah buat Datuk Rosyam Nor setelah pasaraya pertama miliknya telah dibuka secara rasminya di Kuala Lumpur.

Bertempat di Setiawangsa, pasar raya borong ST Rosyam Mart Sdn Bhd itu dibuka pada hari pertama Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) diletakkan pada kadar sifar.

Seorang pengguna Facebook hari ini telah berkongsi di Facebook pengalaman beliau berkunjung ke pasaraya borong itu pada awal pagi tadi:

Grand opening. Balik kerja hari-hari tengok ada progress dia tengah buat akhirnya siap juga.

Oleh sebab terletak sebelah saja ngan ofis aka, pagi tadi singgah sekejaplah melawat kawasan. Okaylah, not bad sebab ada yang murah dari Giant.

Contoh seperti ayam di Giant hari ini RM6.99 sekilo, tetapi di ST Rosyam Mart Sdn Bhd dijual hanya pada RM5.99 je.







Kalau sampai nak raya ayam RM5.99/kg, untunglah bisnes rendang akak. Tapi tadi tidak berkesempatan lagi untuk tengok semua semua harga sebab rush nak masuk ofis.

Tetapi kesimpulannya boleh dikategorikan sebagai murah.

Lagi best sebab pasar raya ini beroperasi 24 jam. Mana tahu malam-malam tengah baking kek ke, sesak-sesak tak cukup tepung ke, bolehlah merempit datang sini.

Tapi, apa yang penting, Marigold puding susu dengan coklat kegemaran akak murah di sini. Susu kurma yang susah mahu cari itu pun ada. Saya suka dengan rekaan dalaman pasar raya ini.

Kebetulan masa sampai tadi Rosyam Nor ada di depan pintu, memang tidak ramai orang lagi, pukul 7.45 am, jadi apa lagi, ajaklah datuk bergambar sekali.

Tahniah dan all the best Datuk Rosyam. Jom ramai-ramai support ST Rosyam Mart.

Sumber : Fauzana Ismail

No comments:

Post a Comment