info-info menarik !

Advertisement

Breaking

Monday, June 25, 2018

Cantik tapi macam wedding orang Kristian!?


Semenjak viral perkahwinan Yuna yang dibuat bagai atas kayangan tu, makin ramai pasangan cuba untuk jadi kreatif dengan lakukan pelbagai dekorasi yang membuatkan tetamu terkesima kalau pergi ke majlis perkahwinan mereka.

Baru-baru ni, viral di Facebook sebuah perkahwinan yang diadakan di Kota Kinabalu berlatarkan permandangan awan dan bukit-bukau. Sekilas pandang, sebijik macam perkahwinan orang Inggeris dengan hiasan bunganya dan dekorasi pelamin. Cantik memang cantik tetapi ada pulak yang tak puas hati.

Gambar yang diperoleh daripada Instagram Jari Jari Halus Photography ni dikritik kerana kebanyakan netizen menganggap pengantin ikut adat budaya orang Inggeris dan penganut Kristian. Alamak ye ke ni?


Ini antara kritikan daripada netizen yang rata-rata ‘membawang’ tentang perkahwinan yang indah ni.


Pun begitu, tak semua yang setuju dengan kritikan yang dilemparkan. Ada yang cakap, ikut suka hati pengantinlah nak buat majlis macam mana kan. Itu duit mereka dan yang paling penting uruskan nikah iaitu perkara wajib dalam kahwin sudah pun diselesaikan. Ye tak ye jugak!


Apa-apapun, pengantin ada hak nak menentukan macam mana majlis yang mereka nak. Nak ikut gaya barat tu semua tak salah. Asalkan tak menyalahi syariat agama sudahlah.

Bagi korang yang nak tengok gambar cantik-cantik tentang perkahwinan ni, bolehlah ke Instagram Jari Jari Halus Photography. Lawa gambar-gambar kahwin kat sana.

Aww ni yang buat admin rasa tak sabar-sabar nak kahwin ni!

Sumber : Facebook via lobakmerah

No comments:

Post a Comment