info-info menarik !

Breaking

Friday, May 4, 2018

"Tiap Hari Dia Tak Pernah Lunch. Aku Ingat Ganti Puasa, Rupa-Rupanya.." – Kisah Derita Ibu Tunggal Mualaf Buat Netizen Sebak..


Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul bebanan. Setiap orang pastinya diuji dengan cara tersendiri sesuai dengan kemampuan masing-masing. Penderitaan yang ditanggung seorang wanita mualaf seperti seorang netizen cukup membuatkan ramai yang tersentuh.

Tambah mengharukan, netizen di Twitter sepakat menghulurkan bantuan bagi meringankan beban wanita itu menghadapi ujian dari-Nya.

Mualaf Cina ibu tunggal dua anak


Kisah  diceritakan di media sosial itu bermula apabila wanita berkenaan bekerja di bahagian khidmat pelanggan di sebuah syarikat. Wanita berkenaan seorang ibu tunggal dua anak dan merupakan seorang mualaf. Apa yang menghairankan adalah, wanita berkenaan tidak pernah dilihat makan tengah hari. Nanti duit tak cukup tambang bas


Apabila ditanyakan, rupa-rupanya dia terpaksa ikat perut untuk menampung tambang bas dan duit makan bagi anak-anaknya.

MC sebab sakit pinggang


Tak datang kerja sebab tak cukup duit tambang bas


Berterima kasih kepada yang menolong


Berdoa dapat kerja cepat



Daripada perbualan Whatsapp yang dikirimkan kepada bekas rakan sekerjanya itu, wanita mualaf berkenaan mendedahkan dia anak-beranak perlu makan di luar kerana ibunya tidak membenarkan dia memasak di rumah melainkan dia kembali kepada agama asal.

Malahan dia tidak putus-putus berterima kasih kepada pengguna media sosial yang prihatin dan membantunya meringankan beban ditanggung.

Sumber: Ninichan

No comments:

Post a Comment