Tetap sayang kekasih lepas teruk dibelasah, minta mahkamah tarik balik hukuman penjara!

Advertisemen

Cinta memang buta. Tapi jangan sampai memudaratkan diri sendiri. Setinggi mana pun sayang kita pada seseorang, kalau dia dah mula nak buat sesuatu tak elok kat kita, angkat kaki je cepat-cepat.

Menurut Daily Mail, inilah terjadi kat seorang wanita dari China yang teruk dicederakan teman lelaki hanya sebab perasaan cemburu. Tapi apa yang pelik, wanita tu masih sangat sayang pada pasangannya.

Pukul kekasih kerana hantar Whatsapp pada lelaki lain

Seorang lelaki bernama Hartao Pan dipenjarakan atas kesalahan memukul teman wanitanya, Jinghan Zhang gara-gara cemburu. Lelaki berusia 25 tahun dipercayai anak kepada seorang pegawai kerajaan China itu dikatakan memukul kekasihnya kerana dia syak wanita tu curang.

Katanya Pan syak Zhang berbalas mesej berunsur cinta dengan lelaki lain menerusi aplikasi Whatsapp dan bertindak memukul wanita itu di bangunan The Heron, London.


Diseret, disepak dan dipukul

Menerusi rakaman kamera litar tertutup, Pan dilihat mengheret Zhang sebelum menyerang gadis berusia 22 tahun itu di bahagian badan dan muka selama 10 minit. Ketika Zhang larikan diri ke bilik mandi dan kunci pintu, Pan menendang pintu itu berulang-ulang kali.

Mungkin kerana pintu itu tetap tidak dapat dibuka, Pan bertindak mengambil pisau dan menikam pintu bilik mandi seperti babak dalam filem seram. Zhang turut disepak di kaki dan muka, malah Pan juga pecahkan gelas ke lantai.


Tak mahu teman lelaki dipenjara

Zhang kemudiannya berjaya keluar dari flat kediaman sewaktu Pan leka bercakap di telefon dan meminta seorang penyambut tetamu memanggil polis. Lepas insiden tu, Pan ditangkap polis dan disabitkan kesalahan memukul teman wanitanya.

Atas kesalahan tu Pan akan dijatuhkan hukuman penjara. Tapi Zhang ni tiba-tiba mohon supaya mahkamah beri hukuman ringan je. Katanya dia masih sayangkan Pan dan serangan tu tak berikan impak pun kat dia.


Dah apa kena perempuan ni? Walaupun Zhang minta mahkamah tak jatuhkan hukuman penjara pada Pan, lelaki tu tetap terima hukuman penjara lapan bulan atas kesalahan yang dibuat.

Kalau dah sampai cederakan kita, putuskan hubungan cepat-cepat tau!

Sumber : Daily Mail via lobakmerah
Advertisemen