info-info menarik !

Breaking

Tuesday, May 15, 2018

'Terlalu ramai macai & pendengki…' - Letak jawatan, Zuan Melodi ini dedah sisi gelap TV3!


Bagi sesiapa yang mengikuti rancangan hiburan yang bersiaran setiap hari Ahad, pasti mengenali wartawan Zuan Azmi atau lebih dikenali sebagai Zuan ‘bikin panas’.

Namun kelibatnya dalam Melodi tidak lagi kelihatan apabila Penolong Penerbit rancangan terbitan TV3 itu mengambil keputusan untuk meninggalkan stesen televisyen swasta berkenaan pada November 2016.

Terbaru, dia ada memuat naik posting di laman Facebook miliknya berkongsi luahan rasa dan kisah sebenar di sebalik keputusan dirinya untuk meletakkan jawatan dari TV3.


Menurut Zuan, dia masih ingat sewaktu dihentam oleh rakan-rakannya mengenai kejadian ketika menghina bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Walaupun niat ingin melakukan permohonan maaf terhadap Najib, namun terdapat beberapa individu ‘dedak’ yang cuba menjatuhkan dirinya dengan mengambil kesempatan untuk hidup mewah atas ‘pendapatan sampingan’.

Marah apa Najib buat kat Tun M…


Tambah Zuan, ketika itu dia merupakan individu yang berani bersuara menunjukkan sokong terhadap perjuangan Tun M dan anaknya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir secara terbuka kerana masing-masing sekadar untuk ‘menyelamatkan diri’ sahaja.

Setelah setahun menghadapi golongan tersebut, dia dengan rela hati mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan kini memberi fokus kepada perniagaan Daging Merah Loqstaq miliknya.

Terlalu ramai macai & pendengki…


Zuan juga berharap agar golongan tersebut dapat dipecat dari TV3 dan Media Prima terutama individu yang bertugas di bahagian berita dan hal ehwal semasa.

Ini kerana dia berasa kasihan dengan para pekerja yang sama sekali tidak terlibat dalam ‘misi’ tersebut kerana mereka gigih dan bekerja keras bagi mencari rezeki untuk menyara keluarga masing-masing.

Jangan caci & hina orang tak bersalah…


Zuan juga berharap agar golongan tersebut dapat dipecat dari TV3 dan Media Prima terutama individu yang bertugas di bahagian berita dan hal ehwal semasa.

Ini kerana dia berasa kasihan dengan para pekerja yang sama sekali tidak terlibat dalam ‘misi’ tersebut kerana mereka gigih dan bekerja keras bagi mencari rezeki untuk menyara keluarga masing-masing.

Jangan caci & hina orang tak bersalah…


Terdahulu, menurut laporan Free Malaysia Today bertarikh 15 Ogos 2015, wartawan itu digantung tugas kerana memuat naik sekeping gambar Najib yang telah diedit di laman Instagram miliknya.

Namun jelas Zuan, gambar itu bukan dihasilkannya tetapi telah diedit oleh orang lain yang diperolehinya menerusi aplikasi Whatsapp.

Sumber : Zuan Azmi , Free Malaysia Today via ohmymedia

No comments:

Post a Comment