'Tak pernah meminta dan dipinta tapi Allah - Nota ringkas Mr. Grey timbul tanda tanya

Advertisemen

Dikatakan semakin pulih beberapa hari lalu setelah menghidap sakit misteri, nampaknya pelakon Fendy Bakry semakin menunjukkan perubahan positif selepas sebulan menerima rawatan.

Terbaru, pelakon drama Mr. Grey yang sedang hangat ditayangkan di kaca televisyen itu telah memuat naik sebuah nota ringkas menerusi Instastory di laman Instagram miliknya.


“Sungguh hebat kasih sayang Allah buat hambanya. Tak pernah meminta dan dipinta tapi Allah sentiasa memberikan pada yang dikehendakinya.

“Terima kasih buat semua yang mendoakan kesihatan dan juga yang support karier saya tanpa jemu. Nilai kasih sayang anda semua saya simpan sebaiknya.




“Moga ada hikmah dan rahmat disebalik semua ini. Amin Ya Rabb,” tulisnya beberapa jam lalu.

Namun perkongsian tersebut menimbulkan tanda tanya adakah pelakon berusia 30 tahun itu telah beransur pulih sepenuhnya? Sama-sama kita nantikan ‘update’ terbaru daripadanya!

Sumber : Fendy Bakry via ohmymedia
Advertisemen