info-info menarik !

Advertisement

Breaking

Sunday, May 20, 2018

Tak Dapat Tahan Lagi, Akhirnya Nazim Othman Luah Perasaan


Pelakon Nazim Othman dan Bella Dally kini disahkan bercerai dan pengumuman ini dibuat oleh kedua-dua mereka di laman media sosial pada 1 Ramadhan yang lalu.

Berita ini sekaligus mengesahkan ura-ura yang mengatakan rumah tangga mereka memang ada berantakkan.

Pasangan ini memilih laman sosial sebagai saluran untuk mengumumkan berita sedih terlerainya ikatan suami isteri antara dirinya dengan Bella Dally.

LUAH PERASAAN

Hari ini, Nazim Othman sekali lagi meluahkan apa yang ada di dalam hatinya tentang hubungan mereka yang terlerai jua di tengah jalan.

Nazim menyatakan isi hatinya menerusi IG storynya awal pagi tadi. Antaranya, dia menyebut kalau boleh dia mahu merahsiakan apa yang berlaku namun dia bercakap kerana mahu Bella move on dan meneruskan hidup seperti biasa dia terpaksa membuat pengumuman perpisahan mereka.

Ini antara komennya: (via OhBulan)

"Saya mahu menyimpan segalanya seboleh mungkin, tapi saya luahkan sebab saya mahu dia teruskan hidup dan kejar cita-citanya. Apa yang anda tahu hanyalah luaran semata, lebih baik kita biarkan sebegitu. Itu semua hak saya sama ada untuk berkongsi kisah kami atau tidak.

"Anda mungkin mempersoalkan banyak benda, menyatakan pendapat masing-masing mengenai kami dan malahan mungkin mencadangkan apa yang perlu kami buat untuk menyelesaikan masalah. Tapi, tak semestinya anda boleh kata apa saja seolah-olah tahu semua benda.


"Kami yang hidup bersama dan sepakat memilih untuk mengakhiri segalanya cukup sampai di sini sahaja. Terima kasih kerana memahami. Semoga Allah merahmati kalian juga.



"I wanted to keep it as low as possible but i chose to speak because i want her to move on in peace pursuing her dreams.

"What You know is all the surface. Its best to keep it at that extent. Its my prerogative to share parts that I need to share"


"You may questions things, point out your thoughts and even suggesting solutions. However You dont have to say things as you know everything.


"We are the one that got married an mutually agreed to end it this way"


Kata Nazim lagi, masyarakat mungkin akan bertanya banyak perkara berkenaan isu mereka ini dan namun mereka tidak semestinya tahu tentang apa yang berlaku.

Menurut Nazim, perceraian adalah jalan yang telahpun dipilih setelah kedua-duanya mencapai kata sepakat untuk membawa haluan masing-masing.

Nazim sekali lagi, mengucapkan terima kasih kepada peminat yang memahami keputusan diambil selain mendoakan kesejahteraan semua.

Sumber : IG Nazim Othman

No comments:

Post a Comment