info-info menarik !

Advertisement

Breaking

Friday, May 18, 2018

Surat ‘resign’ jadi viral. Lelaki berhenti kerja di Singapura selepas BN tumbang, mahu kembali berkhidmat untuk negara


Ibarat sirih pulang ke gagang, begitu situasi seorang rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura ini setelah beliau mengambil keputusan untuk pulang dan berbakti kepada negara.

Lelaki yang dikenali sebagai Nick telah menjadi bualan netizen setelah surat perletakan jawatannya menjadi tular di Facebook sejak semalam. Dikatakan ramai yang tersentuh dengan isi kandungan surat tersebut.

Malaysia baru sahaja UBAH

“Saya ingin memamklumkan tentang notis rasmi perletakan jawatan saya di syarikat ini.

Alasan mengapa saya ingin meletakkan jawatan daripada syarikat ini adalah kerana kerajaan Malaysia baru sahaja berUBAH. Saya percaya bahawa terdapat banyak peluang pekerjaan yang membolehkan saya berkhidmat pada bangsa dan negara saya. Walaupun saya terpaksa menjual Nasi Ayam, namun saya masih boleh membayar cukai kepada kerajaan yang baru.”


“Ini bukanlah keputusan yang mudah untuk saya lakukan dan saya amat menghargai sokongan selama saya berkhidmat di XXX. Pengalaman, latihan dan pengetahuan yang saya perolehi di sini amat bernilai. Saya sangat berbangga dapat bekerja bersama dengan syarikat ini dan juga pasukan sekerja di sini.

Sekiranya terdapat bantuan yang perlu dilakukan semasa peralihan ini, saya sedia untuk mengetahuinya. Saya mendoakan segala yang terbaik untuk syarikat yang sedang berkembang pesat ini.”

Netizen sangat berbangga dengan keberanian dan semangat patriotik yang berada di dalam diri Nick kerana tidak ramai yang sanggup untuk melepaskan sebuah pekerjaan yang mempunyai gaji lumayan serta kadar pertukaran wang yang tinggi di sana.

Memetik semula komen daripada seorang pengguna di Facebook mengatakan, “Bekas pembangkang telah banyak berkorban untuk menjatuhkan BN. Sekarang sudah sampai waktunya untuk kita kembali berkhidmat untuk negara!”

Sumber : ohmymedia

No comments:

Post a Comment