info-info menarik !

Advertisement

Breaking

Tuesday, May 22, 2018

Saya berjuang dapatkan duit rakyat tapi dituduh pembelot!


Skandal 1MDB ni bagaikan time bomb yang bakal meletop pada bila-bila masa.

 Dan hari ni, separuh daripada bom tu dah meletop apabila Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Shukri Abdull meluahkan segalanya dalam press conference khas yang diadakan di pejabat SPRM.

Menurut The Star, Shukri Abdull yang kelihatan sebak ketika menceritakan pengalamannya berkata, dia telah diganggu dan diugut pada 2015 ketika menyiasat kes penyelewengan wang 1MDB sehingga sebutir peluru hidup telah dihantar ke rumahnya.

“Kami mempunyai sumber perisikan tersendiri sehingga saya rasa saya boleh ditangkap dan ditahan kerana didakwa berkonspirasi dalam menjatuhkan kerajaan,” kata Shukri sambil mengelap air mata yang jatuh.



Malah beliau jugak berasa amat terkesan apabila sebaliknya dituduh pulak jadi pembelot sedangkan merekalah antara orang yang berjuang untuk mengembalikan wang yang dicuri daripada rakyat Malaysia.
Kami berjuang untuk dapatkan duit rakyat yang dicuri. Tapi sebaliknya kami pulak dituduh untuk jatuhkan negara, dituduh jadi pembelot,” kata Shukri lagi.
Menurut Ketua Pesuruhjaya SPRM ni lagi, kes 1MDB bukanlah cerita rekaan seperti yang dikatakan sesetengah pihak. Ia merupakan ‘kes besar’ yang perlu diberi banyak perhatian oleh semua pihak.

Shukri sebelum ini telah berkhidmat dengan SPRM selama 32 tahun sebelum dia bersara pada 2016. Dia pertama kali menyertai SPRM pada tahun 1984 sebagai pegawai penyiasat lepas mendapat ijazah dari Universiti Kebangsaan Malaysia.
Tonton video di sini:



Nantikan update terkini mengenai PC SPRM, semoga kes 1MDB ni dapat diselesaikan dengan lancar.

Sumber : The Star via lobakmerah

No comments:

Post a Comment