info-info menarik !

Advertisement

Breaking

Tuesday, May 22, 2018

Rumah ejen perisik Najib Razak diserbu polis!


Serbuan yang dibuat di kediaman bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ni sememangnya menjadi tumpuan namun ramai yang tak tahu terdapat satu lagi serbuan lain dilakukan pada minggu yang sama.

Rumah diserbu itu katanya milik seorang ketua agensi perisikan yang dipercayai membantu Najib. Menurut WORLD OF BUZZ, kediaman seorang pegawai wanita berpangkat tinggi di Seri Kembangan itu diserbu oleh polis Bukit Aman atas tujuan mencari dokumen penting.


Wanita tersebut dipercayai ketua kepada Malaysian External Intelligence Organisation (MEIO). Difahamkan, Najib sepatutnya memberikan beberapa dokumen kepada wanita itu dua hari sebelum PRU14.

Dua lagi bangunan di Putrajaya dan Jalan Bellamy yang dikaitkan dengan unit perisikan tersebut juga terpaksa ditutup dan diserbu. Malangnya, tiada sebarang dokumen berjaya ditemui. Pegawai wanita yang terbabit juga diarahkan bercuti kerana siasatan polis.

Satu portal berita tempatan melaporkan bahawa unit tersebut dipanggil Jabatan Penyelidikan, tapi fungsi sebenarnya lebih kepada agensi perisikan. Pegawai wanita itu bertanggungjawab ke atas 300 kakitangan dan hanya akan melaporkan kepada Najib.

Jabatan tersebut juga dikatakan mempunyai dana yang sangat besar. Tanggungjawab utama jabatan tersebut adalah untuk mencari pengkritik kerajaan Barisan Nasional di Malaysia dan luar negara.


“Jabatan ni basically berfungsi sebagai agensi perisikan dan semua aktiviti dirancang dengan teliti bagi memastikan Najib sentiasa berkuasa. Mereka siap ada cawangan di luar negara,” kata laporan tersebut.

Buat masa ni pihak polis tidak memberikan sebarang keterangan atau mengesahkan isu ini.

Dahsyatnya! Sampai ada unit perisikan untuk cari orang yang kritik pentadbiran!

Sumber : WORLD OF BUZZ

No comments:

Post a Comment