info-info menarik !

Advertisement

Breaking

Friday, May 4, 2018

Ramai terpesona dengan kecantikan wanita ini, tapi korang tau tak berapa umurnya?


Orang perempuan ni bila umur dah meningkat, tambah-tambah kalau dah ada anak, memang susah nak maintain bentuk badan. Tapi baru-baru ni kecoh kat media sosial pasal seorang wanita yang layak dipanggil hot mama sebab body yang cantik dan awet muda walaupun dah berusia.

Nampak je bentuk badan dia yang cantik dan muka dia yang awet muda tu, korang confirm terkejut punya bila dengar umur dia berapa!

Bentuk badan dan wajah lebih muda dari usia

Wanita dikenali sebagai Liu Yelin jadi perhatian dunia lepas satu gambar dia kat Tasik Baikal tular di media sosial. Bila tengok wajah dan bentuk badan dia, memang ramai tak percaya yang Liu ni dah umur 50 tahun!

Disebabkan rupa paras dan bentuk tubuh macam tu, ramai yang salah sangka bila Liu berjalan-jalan dengan anak dia.




Nampak macam pasangan kekasih dengan anaknya

Anak lelaki Liu bernama Xie Yixuan ni dah umur 23 tahun. Jadi bila jalan dengan mak dia yang hot ni, ramai la ingat dia jalan dengan girlfriend. Padahal sebenarnya mak dia.

Benda yang sama actually jadi kat Liu sebab setiap kali dia jalan-jalan dengan Xie, orang akan ingat tu boyfriend dia. Kecantikan Liu yang tak dimamah usia ni diakui sendiri oleh anak dia.

“Ibu saya sentiasa cantik. Ketika masih muda, dia dianggap gadis paling cantik kat sekolah. Apa yang dapat saya kata, walaupun masa berlalu, dia semakin cantik,” kata Xie.




Suka bersenam petua anti-penuaan paling penting

Ni antara benda yang wajib Liu buat dalam hidup. Katanya senaman ni part paling penting dalam usaha anti-penuaan. Liu mula berenang sejak 30 tahun lalu dan sekarang dia still amalkan hampir setiap hari.

Liu juga ada buat senaman angkat berat setiap hari, amalkan yoga dan berenang dalam air sejuk beberapa jam sehari tanpa mengira musim.




Impian Liu adalah untuk nampak cantik menarik walaupun dah umur 80 tahun nanti. Wow! Semoga kita semua boleh amalkan gaya hidup lebih sihat dan jadikan Liu sebagai inspirasi..

Sumber : queenyelin

No comments:

Post a Comment