info-info menarik !

Breaking

Wednesday, May 16, 2018

Polis Johor nafi dakwaan Lily kononnya dipukul oleh anggota polis


Polis Johor hari ini menafikan dakwaan seorang wanita yang mengakui dirinya sebagai warganegara Malaysia tidak dapat kembali ke negara ini, lapor The Star. 

Dalam video berdurasi 7 minit 38 saat itu yang dimuat naik ke saluran YouTube Polaris Northern Star pada 9 Mei lalu, wanita berkenaan yang dikenali sebagai Lily juga mendakwa dia telah dipukul oleh anggota polis di Johor dan kini menjadi perlarian dan menetap di negara Eropah. 

Dalam rakaman video itu, Lily ditemani oleh seorang lelaki berasal dari Vancouver, Kanada, tidak didedahkan namanya mengaku bahawa dia adalah pelindung wanita berkenaan. 

Pasangan itu merayu kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk membantu Lily pulang ke Malaysia. 

Lelaki itu juga mendakwa polis telah mengancam akan membunuh mereka berdua dalam insiden yang didakwanya berlaku pada beberapa tahun lalu. 

Pihak The Star cuba menghubungi pasangan itu ketika video itu mula viral di media sosial Malaysia, malangnya tiada sebarang maklum balas yang diterima. 

Dalam video yang lain pula, lelaki itu mengakui dirinya adalah suami kepada Lily dan mendakwa ramai Cina dan Kristian dibunuh di Malaysia. 

Bagaimanapun, Ketua Polis Johor Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata, dakwaan pasangan itu tidak benar. 

"Siasatan mendapati wanita berkenaan telah meninggalkan negara pada 18 Februari 2011 menggunakan pasport miliknya. 

"Siasatan lanjut menunjukkan, dia memperbaharui pasportnya di kedutaan Malaysia di London pada tahun 2014. Pasport wanita itu akan tampat pada tahun 2019," katanya dalam sidang media 15 Mei. 

Mohd Khalil juga menafikan dakwaan Lily kononnya dipukul oleh anggota polis. Sebaliknya Lily dibelasah oleh ahli keluarganya sendiri. 


Kejadian itu berlaku pada 2011 apabila kertas siasatan di bawah Seksyen 323 dan 506 Kanun Keseksaan dibuka. Sejak dari tahun yang sama, wanita itu telah menangani masalahnya dengan keluarganya dan sebanyak laporan polis telah dibuat mengenai perkara itu. 

"Tiga laporan itu dibuat oleh wanita itu sendiri, manakala selebihnya dilaporkan oleh bapanya," katanya. 

Bagaimanapun dalam video maklum balas yang dimuat naik semalam, Lily mendakwa dia bersyukur dalam sidang media itu polis mengakui dirinya adalah warganegara Malaysia, namun menafikan kenyataan polis yang mendakwa masalah yang dihadapinya itu adalah masalah keluarga.

Lelaki warga Kanada itu juga mendakwa di depan matanya sendiri dia melihat anggota polis memukul Lily dan dia ditegah dari campur tangan dalam masalah itu. 

No comments:

Post a Comment