info-info menarik !

Advertisement

Breaking

Tuesday, May 15, 2018

Pernah Dipenjara Kerana Bantu Orang Melayu? Baca Kisah Inspirasi Lim Guan Eng


Sejak Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan tiga nama yang bakal yang bakal menduduki kabinet, nama Lim Guan Eng (LGE) sebagai Menteri Kewangan antara nama yang paling disebut-sebut selain Mat Sabu.

Sungguh pun ramai yang setuju dengan perlantikan tu, ada jugak mulut-mulut jahat yang cakap Guan Eng tak sesuai jadi Menteri Kewangan sebab dia berbangsa Cina.

Bagi korang yang masih tak kenal siapa dia sebenarnya, baca 5 fakta mengenai LGE yang bakal membuka mata anda semua tentang siapa bekas Ketua Menteri Pulau Pinang ini.

1. Latar belakang Lim Guan Eng


Dilahirkan pada 8 Disember 1960, Lim Guan Eng ialah anak kepada Lim Kit Siang, pemimpin parti DAP. Beliau telah bersekolah di La Salle Primary English School di Petaling Jaya sebelum berpindah ke Monfort Primary English School di Batu Pahat. Guan Eng kemudian lanjutkan pelajaran peringkat ijazah di Monash University dalam jurusan Ekonomi dan pulang ke Malaysia dengan menjadi akauntan bertauliah. Beliau mengahwini Betty Chew Gek Cheng, ahli Parlimen Kota Laksamana dan mempunyai 4 orang anak bersama.

2. Pernah masuk penjara 2 kali semasa zaman Tun Mahathir

Kali pertama Guan Eng masuk penjara (masa ni lah beliau berkenalan dengan Mat Sabu) ialah ketika dia ditahan di bawah ISA dalam Operasi Lalang 1987 bersama 106 orang ahli politik dan aktivis kononnya untuk mengelak rusuhan pada zaman Tun M.

Guan Eng sekali lagi masuk penjara pada tahun 1998 di bawah Akta Hasutan dan Akta Percetakan dan Penerbitan kerana sebabkan rasa tak puas hati kepada pentadbiran keadilan di Malaysia dan mencetak berita palsu tentang Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik yang dikatakan merogol seorang budak Melayu.


3. Tak kisah masuk penjara hanya kerana gadis Melayu

Perbicaraan Lim Guan Eng pada 1997 berkenaan kes rogol bawah umur oleh bekas Ketua Menteri Melaka telah membuka mata banyak pihak. Hanya kerana dia perjuangkan nasib seorang gadis Melayu, Guan Eng dipenjara selama 18 bulan manakala Abdul Rahim pulak langsung tak didakwa walaupun mangsa dah kemukakan bukti.


Kes ini pernah mendapat perhatian Marina Mahathir yang kesal dengan pencabulan hak asasi manusia terhadap Guan Eng. Namun ini yang dikatakan Guan Eng selepas dijatuhkan hukuman,

“Saya tidak menyesal. Saya tidak berasa sesal kerana gagal dalam perjuangan prinsip-prinsip kebenaran dan keadilan serta perjuangan hak asasi manusia khususnya hak asasi wanita.

“Tidak akan ada hak asasi wanita sekiranya mangsa rogol dianggap sebagai pihak yang perlu bertanggungjawab, sedangkan yang dituduh masih bebas.”


4. Guan Eng bukan anti-Melayu

Menerusi penerangan ceramah dari Mat Sabu, bekas Ketua Menteri Pulau Pinang ni bukanlah anti-Melayu yang ramai gembar-gemburkan dulu. Tohmahan tersebut dikatakan merepek dan Guan Eng tak pernah menghalang azan dikumandangkan di Penang.

Menurut sebuah tweet mengenainya, Lim Guan Eng telah peruntukkan elaun kat tok imam di masjid-masjid Pulau Pinang sebanyak RM1,000 yang mana jauh beza dengan negeri lain. Mat Sabu jugak pernah kata Lim Guan Eng dah naikkan peruntukkan untuk orang Islam di Pulau Pinang dari RM12 juta di zaman Koh Tsu Koon sehingga RM63 juta kini. Wow!


5. Ketua Menteri yang hebat dan disayangi rakyat

Semasa pentadbiran di Penang, Lim Guan Eng telah laksanakan konsep Competency, Accountability and Transparency (CAT) atau dalam BM bermaksud Kecekapan, Akauntabiliti dan Ketelusan untuk mentadbir kerajaan. Kerajaan Pulau Pinang bukan saja bertukar jadi negeri yang bersih dari segi persekitaran tapi bersih jugak daripada hutang yang melambak satu masa dulu!

Guan Eng bertanggungjawab naikkan hasil ekonomi negeri dan pembangunan yang menjadikan negeri ditadbirnya tu ada 25% pelaburan di Malaysia. Jadi tak salahlah pilihan Tun M untuk menjadikan Guan Eng sebagai Menteri Kewangan di saat negara kita mengalami krisis hutang yang mencecah hampir RM1 trilion.

Semasa disoal layakkah beliau menjadi Menteri Kewangan hanya kerana berbangsa Cina, Guan Eng menjawab,

I am Malaysian, I don’t see myself as a Chinese.”

Tak perlulah kita mempersoalkan kelayakannya kerana Lim Guan Eng have what it takes to be Menteri Kewangan negara. Bersama Tun M, Mat Sabu dan Muhyiddin Yassin, marilah kita bersama-sama membantu mereka ini untuk membentuk Malaysia yang lebih baik pada masa akan datang.

Tersengih tengok video bromance Mat Sabu dan Guan Eng!

Sumber : lobakmerah

No comments:

Post a Comment