info-info menarik !

Breaking

Sunday, May 6, 2018

Pelanggan dari neraka punya pasal, terus akaun Grab lelaki ini ditamatkan serta-merta!


Inilah job yang telah memusnahkan karier aku sebagai seorang pemandu Grab apabila akaun aku telah ditamatkan semalam. Permanently ban.

Ceritanya aku ambil seorang penumpang berbangsa Cina, pelajar UM di Kolej Kinabalu, Universiti Malaya. Dia guna Grabshare, aku sanggup ambil lagi sebab sudah lewat malam, aku kira ini adalah trip terakhir aku sebelum keluar daripada UM sebab aku sudah mahu balik berjumpa dengan anak dan isteri sebelum mereka masuk tidur.

Aku tunggu penumpang ini dalam tempoh 7 minit. Dia sampai dengan makanan yang masih panas dan masuk terus ke dalam kereta. Bau itu memang tidak payah cakaplah, rimas hidung aku ini.


Tetapi aku tidak mahu complaint apa-apa dan aku tidak tegur pun supaya lain kalai jangan lambat. Aku greet dia macam biasa. Dia cakap dengan telefon sepanjang 15 minit perjalanan.

Tiba-tiba, hari ini, CS Grab telefon beritahu yang akaun aku telah pun digantung selama-lamanya atas alasan cara pemanduan yang berbahaya.

Menurut mereka, trip ini yang buat laporan. Setahu aku, aku drive slow saja sebab dalam kawasan Universiti Malaya. Tetapi CS tidak endahkan penjelasan aku sebaliknya terus cakap pihak pengurusan sudahpun membuat keputusan.



Maka dengan ini, berakhirlah karier aku sebagai pemandu Grab sepenuh masa untuk selama-lamanya. Terfikir juga apa anak dan isteri aku mahu makan sebab simpanan pun cukup-cukup buat duit sewa kereta sahaja. Maka, berlinanglah air mata jantan aku ini mengalir.

Selamat tinggal teman-teman pemandu Grab yang lain.

Sumber : rajakamil

No comments:

Post a Comment