info-info menarik !

Breaking

Friday, May 4, 2018

Norkhiriah Dedah Nama Sering Ditolak Stesen TV


TERDAHULU pelakon berbakat besar, Nam Ron meluahkan rasa kesal apabila namanya ditolak oleh sebuah stesen televisyen popular tempatan gara-gara tidak mempunyai wajah yang kacak.

Terbaru pelakon, Norkhiriah pula turut mendedahkan bahawa dirinya pernah berhadapan isu yang sama sehingga mengaku sudah terbiasa dengan keadaan itu.

Malah dedahnya lagi, terdapat beberapa projek yang pada awalnya dipersetujui bersama namun dibatalkan pada saat-saat akhir dengan alasan nama tidak lepas oleh stesen televisyen.

Pendedahan itu dikongsi sendiri oleh pelakon wanita itu menerusi salah sebuah entri terbaru yang dimuat naik di laman instagram miliknya pada Khamis.

“Akak sudah tidak ada rasa dik. Sebab memang sudah selalu kena tolak satu masa dahulu. Sekarang pun ada rasanya.

“Dah nak mula penggambaran tiba-tiba kata nama tidak lepas. Aikkk? Masa berbincang dahulu katanya semua okay.

“Boleh dibilang dengan jari produksi dan pengarah yang betul-betul ‘berjuang’ kalau hendak ambil akak dalam cerita mereka,” kata pemilik nama sebenar Norkhiriah Ahmad Shafie itu.



Menurutnya lagi, fenomena dunia lakonan sekarang tidak lagi sama seperti dahulu yang menjadikan bakat sebagai keutamaan bagi menghasilkan karya berkualiti.

Sebaliknya kata Norkhiriah, zaman sekarang lebih mengutamakan penampilan dan rupa paras selain mempunyai pengikut yang ramai di laman sosial.

“Fenomena sekarang bukan macam dulu dik. Andai kata engkau hebat manapun tapi tidak ada rupa, tetap tidak dipandang melainkan waktu itu kena dengan watak.

“Contohnya, watak kena dera atau orang kampung mati laki, Haaa..orang panggillah orang macam kita ni.

“Zaman sekarang, rupa paras dan pengaruh follower di laman sosial itu lagi penting daripada bakat.

“Lepas tu, jenuh direktor nak sunting biar nampak ‘boom’ dekat kaca televisyen. Janji mak cik bawang suka,” ujarnya lagi.

Bagaimanapun pelakon drama ‘Bedah Tong Gas’ itu meluahkan rasa syukur kerana masih menerima tawaran malah bakal muncul dalam sebuah drama drama berjudul Nur pada bulan Ramadan yang bakal berkunjung tiba tidak lama lagi.

“Cuma nasib akak masih baik. Sebab bulan puasa ni merasalah berlakon slot Samarinda berjudul Nur yang meletup! Memang tak ada lagi cerita macam tu kat Malaysia.

“Terima kasih tidak terhingga kepada abang @budakijat yang tidak putus-putus bagi rezeki watak hebat pada Nor.

Di samping itu, Norkhiriah sempat menitipkan nasihat buat golongan selebriti agar sentiasa bersikap positif selain percaya rezeki Allah itu luas dan setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.

No comments:

Post a Comment