info-info menarik !

Advertisement

Breaking

Sunday, May 20, 2018

'Nilai rampasan harta Najib mungkin melebihi Marcos' - Anwar


Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menolak kemungkinan bahawa nilai rampasan aset dari kediaman yang dikaitkan dengan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak melebihi dari kekayaan mendiang Presiden Filipina, Ferdinand Marcos dan isterinya Imelda, lapor MalaysiaKini.

"Saya rasa kita mungkin akan mencatat rekod mengagumkan dan melebihi (harta) Imelda dan yang lain-lain," kata Anwar memetik laporan dari Financial Times. 

Jelas Anwar, kadar salah guna kuasa oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini 'sangat mengejutkan' terutama apabila ramai pemimpin parti berkenaan sibuk bercakap mengenai usaha membantu golongan miskin. 

"Semua mereka itu agaknya sakit minda," katanya dalam temubual berkenaan yang disiarkan ketika polis masih menyiasat Najib berhubung skandal 1MDB. 

Terdahulu, polis merampas sejumlah beg tangan, barangan kemas, wang tunai dan pelbagai aset lain dalam serbuan dan penggeledahan yang dijalankan oleh anggota Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman di kediaman Najib dan beberapa buah lagi rumah yang lain sejak hari pertama ramadan. 

Hasil rampasan 72 beg wang tunai dan 284 kotak beg tangan berjenama mewah yang terlalu banyak itu menyebabkan polis terpaksa menggunakan lima buah lori untuk mengangkutnya. Media juga melaporkan polis merampas lebih 100 kilogram jongkong emas dan wang tunai bernilai lebih RM100 juta dari kondominium di Pavillion Residence Kuala Lumpur dipercayai milik individu bergelar Tan Sri. 

Pasangan Marcos dan Imelda yang disebut oleh Anwar merupakan bekas Presiden Filipina sejak 1965 sebelum diguling oleh rakyat pada 1986, memaksa keluarga berkenaan melarikan diri ke Hawaii. 

Marcos kemudian mati di dalam buangan pada 28 September 1989 yang ketika itu berusia 72 tahun dan Imelda kembali semula ke Filipina bersama tiga orang anaknya. 

Difahamkan, pasangan itu telah menyalahgunakan duit rakyat antara US$5 bilion hingga US$10 bilion sepanjang tempoh 20 tahun berkuasa. 

'Dia habiskan US$10 juta untuk beli kasut dan barang perhiasan' - Rakyat guling Presiden Filipina dan isterinya!

Selepas perang dunia kedua, negara Filipina merupakan negara kedua terkaya di Asia Timur selepas Jepun. Namun status itu tidak bertahan lama apabila kuasa pentadbiran diambil alih oleh Ferdinand Marcos yang berjaya menjawat jawatan presiden pada 9 November 1965 bagi tempoh 20 tahun dari 1965 hingga 1986. 

Sepanjang tempoh itu, Marcos dan isterinya yang merupakan bekas finalis ratu cantik 1950, Imelda Remedios Visitacion Romauldez atau Imelda Marcos didakwa banyak menyalahgunakan kuasa dan mengamalkan gaya hidup mewah dengan menggunakan wang rakyat. 



Filipina yang sebelum ini merupakan negara yang kaya, menjadi miskin sepanjang 20 tahun di bawah permintahan Marcos. 

Marcos dilahirkan pada 11 September 1917 dan berasal dari sebuah daerah miskin. Ketika di universiti, Marcos sangat aktif dengan sukan dan menjadi peninju. 

Dalam karier politik, Marcos pernah dipilih menjadi anggota parlimen dua kali dan semenjak dari itu, kehidupannya mula menjadi mewah dan gemar berfoya-foya sebelum bertemu dengan seorang model, Imelda. 

Kedua-duanya mempunyai hobi yang sama, suka berjoli, berpesta dan gemar membeli barangan mewah serta sentiasa berasa tidak cukup dengan apa yang dimiliki untuk melengkapkan gaya hidup mereka. 

Dari situ, Marcos mengimpikan menjawat jawatan tertinggi di negara itu, malangnya dibantah oleh Parti Liberal yang disertainya. Kecewa dengan perkara itu, Marcos kemudian menyertai Parti Nasionalis dan akhirnya terpilih menjadi Presiden Filipina pada tahun 1965. 

Dalam tempoh 4 tahun kepimpinannya, tahap kemiskinan negara itu semakin menjadi-jadi, begitu juga dengan masalah pengangguran. Namun Marcos dan Imelda terus mengumpul harta kekayaan, sementara pihak media yang dikuasi oleh Marcos pula berkata lain tentang pasangan ini bagi menenangkan rakyat atau dalam erti kata lain, memperbodohkan rakyat. 

Kroni-kroni Marcos juga sentiasa mendapat habuan agar mereka terus menyokong Marcos. Jika ada yang lantang bersuara mengenainya, pasti akan menerima akibat yang buruk. 

Pada tahun 1970, Marcos semakin kerap menyalahgunakan kuasanya dengan melantik ahli keluarga, kenalan dan kroni menjawat jawatan-jawatan penting dalam kerajaan. Isterinya juga telah dilantik sebagai Gabenor Metro Manila dan turut dilantik menjadi Menteri Penempatan Masyarakat serta duta istimewa dan berkuasa penuh. 

Jawatan-jawatan ketenteraan juga diisi oleh golongan kroni Marcos bagi menjamin sokongan angkatan tentera kepada dirinya. Beberapa pegawai tinggi tentera disogok dengan projek bernilai jutaaan dolar. 

Di arena politik pula, musuh-musuh politiknya dipijak. Tidak cukup dengan itu, Marcos menggunakan tentera untuk mengancam, menculik dan membunuh mana-mana pihak yang cuba menentang dan menyainginya dalam politik. 

Sementara itu, Imelda, lahir pada 2 Julai 1929 pula sangat gemar berbelanja dan kerap mengikut suaminya apabila berkunjung ke luar negara. Sedangkan rakyat di negaranya hidup dalam keadaan serba kekurangan dan miskin. 

Sikapnya yang suka berbelanja itu semakin menjadi-jadi apabila di banyak membeli pakaian mahal, perhiasan mewah dan barang-barang mewah lain ketika pergi ke New York pada sekitar 1978 - 1981.

Ia menjadi semakin teruk pada 1983 di mana Imelda berbelanja US$7 juta di New York, Rome, Coppenhagen dan membeli barang perhiasan, sewaan limosin dan lukisan Michaelangelo dalam masa 90 hari. Lebih teruk lagi, Imelda pernah menyuruh juruterbang pesawat peribadinya berpatah balik hanya kerana terlupa membeli keju untuk persediaan makanannya.

Kediaman rasmi Presiden Filipina, Istana Malacanang juga dihiasi dengan lukisan-lukisan mahal, barang perhiasan seperti pasu yang berharga serta barang-barang mewah lain yang dibeli dengan menggunakan wang rakyat. 

Imelda juga didakwa pernah memiliki rumah di kawasan pantai yang mempunyai 21 bilik. Rumah tersebut penuh dengan barang perhiasan dan barangan mewah seperti lampu, pasu bunga, sofa mahal dan karpet mahal. Di rumah itu juga, Marcos dan Imelda seringkali mengadakan pesta menari bagi golongan konglomerat dan rakan sejawat mereka. 




Kemuncaknya, Marcos dituduh membunuh musuh politiknya, Benigno Aquino. Tetapi Marcos menafikan tuduhan itu dan mendakwa pihak komunis yang menjadi dalang pembunuhan Aquino dan bermula dari situlah zaman kejatuhan Marcos. 

Rakyat sudah mula muak dengan sistem pemerintahan Marcos yang digelar sebagai diktator itu lalu menubuhkan gerakan rakyat yang dinamakan sebagai People Power Revolution, dipimpin oleh isteri Aquino, Corazon Aquino. Tentera yang sebelum ini menyebelahi Marcos juga berpaling tadah kerana takut dengan kebangkitan rakyat. 

Marcos dan Imelda akhirnya melarikan diri ke Hawaii pada 1986 setelah mereka diancam akan diheret ke muka pengadilan untuk memberi keterangan berhubung kes kematian Aquino dan segala salahlaku Marcos ketika menjadi presiden.

Dalam keadaan yang tergesa-gesa meninggalkan negara, Imelda terpaksa meninggalkan semua barang-barangnya di Istana Malacanang.

Berdasarkan laporan Data Transparency International, Marcos telah merompak wang rakyat sekurang-kurangnya US$10 billion, tidak termasuk pembelian barang-barang mahal yang dibeli oleh Imelda menggunakan duit rakyat. Wang yang dicuri juga disimpan di bank-bank luar negara dan aset-aset hartanah di Amerika Syarikat dan Eropah sebelum dibekukan dan dikembalikan kepada negara Filipina. 

Siasatan polis juga menemui sebanyak 3,000 koleksi kasut, 1,500 koleksi beg tangan, 1,200 koleksi gaun designer, 1,000 koleksi beg duit, 500 koleksi baju dalam berwarna hitam, koleksi coat berbulu dalam 35 buah almari. 

Barang perhiasan lain yang turut ditemui seperti gelang, rantai, jam tangan, subang, perbelanjaan renovasi kediaman, hartanah dalam dan luar negara, simpanan peti besi di beberapa buah negara luar dan dipercayai ada beberapa peti besi yang sehingga kini masih belum dapat dikesan dianggarkan bernilai ratusan juta dolar. 





Kesemua barangan mewah yang ditemui itu disita dan kemudian dijadikan barang pameran di muzium. 

Marcos kemudian meninggal dunia pada 1989 di Hawaii tetapi Kerajaan Filipina enggan menerima jenazahnya dikubukan di negara itu. Akhirnya, mayat Marcos diawet dan disimpan dalam peti kaca. 



Sebaik saja kematian suaminya, Imelda bersama dengan tiga orang anaknya kembali ke Filipina dan membina semula pengaruh politiknya.

Imelda yang kini berusia 86 tahun kini merupakan Ketua Umum Parti Nasionalis dan masih berminat bertanding dalam pilihan raya umum akan datang bagi mencabar Rodrigi Duterte. 

No comments:

Post a Comment