info-info menarik !

Advertisement

Breaking

Friday, May 18, 2018

'Netizen jangan masuk campur nak buat fitnah' - Ditegur Da'i Wan setelah buat parodi, Faiz Roslan 'sound' netizen!


Sebelum ini seorang Instafamous, Faiz Roslan sering mendapat kecaman dari netizen kerana video yang dimuat naik di Instagramnya itu kelihatan agak keterlaluan dan membatasi had sebagai seorang yang beragama Islam.

Dia sekali lagi telah memuat naik sebuah video parodi bersama kawan-kawannya dengan memakai pakaian perempuan seksi baru-baru ini. Video parodi tersebut melihatkan tiga orang ‘lelaki yang berperwatakan lembut’ tampil dengan gaya dan aksi ghairah menerusi lagu Indonesia yang kini trending iaitu Lagi Syantik nyanyian Siti Badariah.

Faiz dan kawan-kawannya sebelum ini juga telah mendapat nasihat dari netizen dan seorang pendakwah iaitu Wan Dazrin Wan Din atau lebih dikenali sebagai Da’i Wan yang merupakan peserta dari program realiti Da’i Milenia (2015). 

Namun, nasihat Da’i Wan itu bagaikan ‘mencurahkan air ke daun keladi’ sahaja.

Da’i Wan muat naik gambar mereka di Instagram.

Walaubagaimanapun, Da’i Wan sekali lagi telah tampil memberi nasihat secara terbuka dan memuat naik gambar mereka beserta kapsyen di akaun Instagram miliknya.

@thefaizroslan . . . Kamu muncul semula dengan parody ke 2, siap pakai hashtag #NerakaIsBack #MohonKecam. . . Saya dah warning jangan buat lagi, kamu buat lagi. Sekarang kamu perlu berhadapan dengan saya lagi. Saya nak beritahu, dengan penulisan saya, ia boleh jadi viral, dan kamu akan rasa kesusahannya nanti. Sbb itu jangan cabar saya menulis lagi untuk kamu. Saya boleh susahkan kamu dengan kuasa viral yang ada pada zaman ni, Faiz. . . Now, saya dh tahu. Kamu dan kawan2 sama sahaja, tak mahu dengar nasihat, sengaja cari pasal. Sekarang kamu boleh bergembira @thefaizroslan dgn parody yang kamu buat, kamu tak dengar nasihat orang, kamu buat ikut rasa hati, ikut suka kepala kamu sendiri. Sekarang kamu tak nampak kemurkaan Allah lagi, tapi kamu akan nampak kemurkaan manusia pada kamu selepas ini. Tunggu shjlah. . . @thefaizroslan , percayalah. Tiada siapa pun yang suka dengan perbuatan kamu yang sebegini. Kamu nak apa, Faiz? Perhatian? Mengapa kamu nakkan perhatian dengan cara begini sdgkan banyak lagi jalan yg tak menghina diri sendiri. Mengapa kamu sia-siakan waktu kamu dgn kerja seperti ini. Hiburan di dunia ni skjp shj Faiz. Jgn jadikan yg sekejap itu ‘Fast track’ ke Neraka, itu tindakan org yg dungu, Faiz. 1 lg, Neraka, jgn sesekali dibuat main, kamu x kan mmpu terbayangkan betapa azab / pedihnya nanti. Terlupakah kamu, yg kamu tak lama hidup didunia, malaikat kiri kanan mencatat semua amalan kamu, buku amalan akn dihisab. Diserah pd tgn kiri habislah semua rasa seronok yg pernah kamu rasa di dunia. . . Bahkan hari ini 1 ramadhan. Tergamak kamu cemarkan hari yang suci ini dgn perbuatan parody kamu yang hina. Come on, have common sense a bit. Tak boleh fikir ke ni bulan Ramadhan?. . . Kalau kamu tak ‘Delete’, saya tekad akan terus tegur kalian secara terbuka. Saya akan pastikan 1 Malaysia khususnya umat Islam kenal kalian, tahu pasal aib kalian, dan tegur kalian secara terbuka. Sebab kalian sudah pun melakukan kesalahan secara terbuka bahkan dgn sengaja utk kali ke 2, maka saya dan barisan addu’at yg lain akan pastikan yg kalian terus ditegur sampai kalian tarik semula perbuatan kalian ini. . . Take note that.
A post shared by Da'i Wan (Official) (@wandazrin) on

Saya dah ‘warning’ jangan buat lagi.

Kamu dah kawan-kawan tak dengar nasihat orang.

Hidup di dunia tak lama, hanya sementara.

Tergamak cemarkan bulan Ramadhan.

Sengaja buka aib sendiri untuk kali kedua.

Video parodi Faiz & kawan-kawan.



“Netizen jangan masuk campur nak buat fitnah”

Tidak hanya berdiam diri, Faiz juga telah tampil bersuara dan memuat naik status di Instagram Storiesnya itu.


Sumber : The Faiz Roslan, Da’i Wan

No comments:

Post a Comment