info-info menarik !

Advertisement

Breaking

Friday, May 18, 2018

Najib keturunan bangsawan, harta mewah tak ada kaitan dengan 1MDB!!


Lebih 20 jam kediaman bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak diserbu oleh pihak polis, sejumlah wang dan puluhan beg tangan mewah telah ditemui.

Dari sekeping gambar yang tersebar di media sosial, Najib dan Rosmah kelihatan begitu letih sampai kedua-duanya tertidur di sofa kediaman mereka. Melihatkan keadaan rumah Najib yang tidak henti-henti digeledah, seorang penyokong beliau hadir menyuarakan pendapat.

Menurut Malaysiakini, wanita yang merupakan Ketua Gabungan NGO-NGO Selangor bernama Nazilah Idris ini mendakwa Najib yang kelihatan tenang walaupun berdepan ujian getir adalah seorang insan terpilih.


“Dia (Najib) orang terpilih untuk terima dugaan. Sesiapa saja orang yang bersalah tidak akan kelihatan setenang itu,” kata Nazilah kepada media selepas menziarahi kediaman bekas Presiden UMNO itu di Taman Duta.

Nazilah juga turut membela penemuan harta mewah Najib yang ditemui dengan banyak di rumah Najib.

“Datuk Seri Najib anak Perdana Menteri (suatu ketika dulu) dan dia keturunan bangsawan, dia berada dalam keadaan orang kaya sejak kecil. Dia juga jadi Menteri Besar Pahang selama 30 tahun,” kata Nazilah dengan yakin.

“Apa yang nak dipertikaikan tentang beg atau barang kemas yang diambil polis? Tak perlu dipertikaikan. Bukan dia sahaja, sesiapa saja boleh membeli dan memakai jenama macam itu. Saya rasa tak payah jadikan isu sebab tak ada kaitan dengan 1MDB.”


Penyokong bekas Perdana Menteri itu juga mendakwa bahawa dia pasti harta kekayaan tersebut bukan saja ada di rumah Najib tetapi pasti ada juga di rumah lain yang lebih besar.

“Jadi apa yang nak dipertikaikan. Apa yang kita perlu sekarang ialah mencari kebenaran tentang 1MDB.”

Pihak polis sebelum ini mengesahkan Najib disiasat mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram 2001.

Semoga semuanya akan dapat diselesaikan tak lama lagi.

Sumber : Malaysiakini via lobakmerah

No comments:

Post a Comment