info-info menarik !

Advertisement

Breaking

Monday, May 14, 2018

'Mungkin masa depan bersama saya?' - Syed Saddiq bagi #pickupline untuk teman wanita?


Kebangkitan pemimpin muda, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang memenangi kerusi Parlimen Muar dengan majoriti yang cukup besar ternyata membawa satu perjuangan baru bagi penduduk di situ.

Walaupun Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia itu dilabel sebagai ‘anak kucing setahun jagung’ kerana masih baru dalam bidang politik, tetapi kini terbukti dia berjaya memikat hati rakyat Malaysia untuk memimpin negara dengan lebih maju.


Namun baru-baru ini, seorang gadis menjadi tular di laman media sosial apabila dikaitkan dengan Saddiq yang dikatakan teman wanita kepada jejaka berusia 26 tahun itu. Wah biar betul YB sorang nih!


Berdasarkan desas-desus oleh netizen yang telah ‘mengorek’ kisah mereka, gadis itu bernama Salmah Luth Jones dan merupakan seorang yang berpendidikan tinggi dalam bidang perubatan.

Menerusi pemerhatian melalui laman Twitter gadis itu, terdapat beberapa posting bahawa pasangan tersebut pernah membalas tweet antara satu sama lain.

“Boleh nampak masa depan dalam diri awak. Maksud saya masa depan Malaysia ke arah membangun negara yang lebih baik,”

“Mungkin masa depan bersama saya? #SaddiqisHambar,”

Amboiii rupa-rupanya mereka ni dah lama ‘try’ antara satu sama lain. Tidak banyak yang maklumat mengenai gadis kecil molek itu namun mereka boleh dikatakan pasangan sama cantik dan sama padan!

Sumber : Instagram & Twitter via ohmymedia

No comments:

Post a Comment