info-info menarik !

Advertisement

Breaking

Monday, May 21, 2018

'Menitis air mata tengok video Wan Azizah dan anaknya'


Keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim akhirnya bersatu dengan kepulangan beliau dari penjara setelah mendapat pengampunan penuh dari Agong pada 16 Mei 2018 yang lalu.

Kini keluarga itu lengkap setelah anak mereka, Nurul Hana pulang dari Amerika Syarikat. Semalam Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail ada berkongsi satu video menunjukkan beliau dikejutkan dengan kepulangan anak bongsunya itu.


Video berdurasi 30 saat itu pada awalnya menunjukkan Wan Azizah hanya tersenyum memandang kamera, mungkin langsung tidak menyangka bahawa anaknya akan pulang dari luar negara secara tiba-tiba.

Apabila Hana muncul, Wan Azizah kelihatan sangat terkejut dan memeluk anaknya dengan erat. Surprise! Beliau kemudian dilihat menangis teresak-esak tanpa melepaskan pelukan. Video tersebut kini sudah ditonton sebanyak 217,293 kali di laman Instagram dan dihujani ribuan komen dari netizen.


Rata-rata mengaku mereka berasa begitu sebak setelah menonton video tersebut dan dan turut serta mengalirkan air mata. Menurut mereka, kerinduan Wan Azizah pada anaknya jelas terpampang dalam video itu.




Mereka juga turut mendoakan kebahagiaan keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Wan Azizah dan semoga tiada lagi sebarang ujian berat menimpa keluarga tabah ini. Ramai mendoakan kegembiraan berpanjangan buat mereka sekeluarga.


Sedih lak tengok video menangis ni.

Tonton video Wan Azizah dan anaknya Nurul Hana di bawah:


Sumber: Instagram

No comments:

Post a Comment