'Mengaku tengah horny, ‘dahaga’ perempuan - Pemandu Grab Selamba Cabul Penumpang, Dan...

Advertisemen

Majoriti masyarakat kita sekarang lebih prefer naik Grab daripada drive sendiri, sebabnya macam sesiapa yang malas nak drive or susah nak cari parking itu haa elok sangat lah kalau korang naik Grab. Kes melibatkan pemandu Grab ini bukannya baru, sebab sejak mula-mula ada Grab lagi, ada je kes pasal pemandu ambil kesempatan dengan customer dorang.

Seperti baru-baru ini, tiba-tiba tular dekat Twitter, kes seorang gadis yang diganggu oleh pemandu Grab. Difahamkan lelaki tersebut dok asyik cakap benda tak elok dari awal naik kereta sampai lah tiba dekat destinasi. Kejadian tersebut diceritakan oleh kawan baik kepada gadis tersebut, Zu.


Pemandu tanya mangsa sama ada dia berseorangan

Menurut Zu, kejadian tu berlaku pada waktu petang, dan dari Unipark ke KLCC ambil masa lebih daripada 30 minit untuk sampai. At first, pemandu Grab tu call kawan Zu ni dan tanya sama ada dia sorang atau dengan orang lain untuk pergi ke KLCC itu nanti. WHUTT? OBVIOUS GILA! Kemudian bila gadis tu masuk dan duduk dekat seat belakang, driver tu minta dia duduk dekat seat depan pulak.

Weyyyy…. Pehal mamat ni!

Mengaku tengah horny, ‘dahaga’ perempuan

Sepanjang perjalanan ke KLCC, mamat tu asyik cakap je yang dia horny.

Disebabkan terlalu takut dengan mamat tu, mangsa langsung tak berani nak tekan button emergency dalam aplikasi Grab. Because of that incident, gadis tu sekarang dalam keadaan trauma. Yelah, kalau dah kena macam tu!

Ada orang mengaku pernah jadi mangsa pemandu yang sama!

Perkongsian dekat Twitter tu dapat perhatian ramai orang dan paling tak expect sekali, rupanya ada seorang pengguna Twitter turut cerita yang dia alami insiden yang sama dari pemandu Grab yang sama! Mamat ni memang betul betul horny ni….

“Dia lelaki yang I pernah naik Grab, tapi masa itu I dengan kawan ramai. So terpaksa duduk depan, dia tengok I lain macam. Then sampai tempat yang I nak pergi, dia tahan I sorang stay dalam kereta. Tapi I takut, cepat-cepat bayar then lari keluar terus.”

“Sebab kawan I kat belakang tengok dari cermin depan kereta. Perasan yang dia pandang dada I.”

PERVERT GILAAAA MAMAT NIIIII!

Dah kena gantung dengan Grab

Difahamkan gadis itu dah buat report polis pada hari yang sama. But, dia tak ambil gambar report tu sebab perbuatan lelaki tu terlalu lucah dan statement dalam report tu sangat terperinci. Update terkini mengatakan lelaki tu dah kena gantung daripada jadi driver untuk Grab lagi, tapi masih belum berjaya ditangkap. Harap kena tangkap as soon as possible!

Zu jugak sempat nasihat orang ramai untuk sentiasa berwaspada dan ketahui hint yang menunjukkan seseorang lelaki itu pervert dan seorang pencabul. 

Selain tu, dia jugak ada bagitahu ciri-ciri fizikal mamat pervert yang cabul kawan dia ni…

Dia pandu Mitsubishi warna merah, saiz badan besar, botak, ada misai dan sedikit janggut”

Disebabkan spesis-spesis macam ini lah yang buat kita takut nak naik Grab! Careful semua!

SUmber : Twitter via lobakmerah
Advertisemen