info-info menarik !

Breaking

Thursday, May 3, 2018

Memalukan! - Anggota Polis Kantoi Rompak Kedai Masa Bertugas, Acu Pistol Dan Kurung Pekerja Warga Asing


Polis sepatutnya menjaga keamanan negara dan keselamatan rakyat. Tapi lain pulak jadinya dengan polis di Selangor ni yang menjatuhkan nama baik polis sebab buat jenayah!

Menurut WORLD OF BUZZ, enam orang polis di Sungai Buloh telah menyalahgunakan kuasa dengan merompak dua buah kedai sewaktu sedang bertugas.

Rompak kedai pakai vest polis

Enam suspek yang dipercayai polis Pasukan Simpanan Persekutuan dan Pasukan Gerakan Am PDRM itu dikatakan menaiki kenderaan persendirian semasa berkunjung ke kedai kopi dan kedai runcit di area Kuang di Sungai Buloh.

Waktu merompak tu diorang dikatakan sedang pakai vest reflektif polis. Pakai baju polis pun berani buat hal!


Acukan pistol pada pekerja Myanmar, rompak RM4,000

Target pertama diorang, kedai kopi. Suspek dikatakan keluarkan pistol dan acukan pada cashier warga Myanmar yang bekerja kat kedai tu dengan niat untuk menakut-nakutkan mangsa. Hasilnya, mereka berjaya rompak RM4,000 dari situ.

Kunci pekerja Nepal dalam bilik, curi rokok dan kad prepaid

Lepas rompak kedai kopi, diorang gerak ke kedai runcit kat sebelah dan pura-pura nak periksa lesen perniagaan. Then polis tu kunci pekerja Nepal dan beberapa orang pekerja lain kat belakang kedai.

Kemudian polis-polis tu curi semua duit kat kedai tu, rokok, kad prepaid dan jam tangan sebelum melarikan diri guna dua kenderaan.

Rakaman CCTV tunjuk polis sedang merompak

Sebab diorang kan polis, so maybe diorang rasa macam kegiatan ni takkan terbongkar. Tapi sebenarnya ada rakaman kamera litar tertutup duk rakam setiap gerak geri diorang dan nampak muka diorang sebijik-sebijik, siap dengan maklumat kenderaan.

Jadi keenam-enam orang polis ni dah berjaya ditangkap dalam masa dua hari dan diorang tak sempat pun lagi nak agihkan hasil rompakan.

Good job PDRM sebab berjaya tangkap mereka ni! Memalukan polis negara je!

Sumber : WORLD OF BUZZ via lobakmerah

No comments:

Post a Comment