info-info menarik !

Advertisement

Breaking

Sunday, May 6, 2018

Maut ditetak oleh teman lelaki isteri


Seorang lelaki maut akibat kecederaan parah di bahagian leher disyaki ditetak oleh teman lelaki isterinya, lapor Harian Metro. 

Dalam kejadian jam 11 pagi semalam di sebuah rumah di Blok 03, Kampung Murai, Ladang Kretam, Tawau, mayat mangsa, Amir Mappiase, 35, ditetak suspek sebelum ditemui dalam keadaan berlumuran darah pada jam 1.15 tengah hari. 

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Fadil Marsus berkata, pihaknya menerima panggilan daripada pengurus ladang yang menemui mayat mangsa dipercayai pekerja ladang. 

"Siasatan awal mendapati, mangsa yang baru pulang mendapati suspek dan isterinya berdua-duaan di rumah sebelum berlaku pergaduhan antara mereka. 
"Suspek berumur 21 tahun dikatakan menetak leher mangsa menggunakan parang dan kemudian melarikan diri melalui pintu belakang menuju ke kawasan ladang sawit," katanya. 

Hasil maklumat dan bantuan daripada penduduk kampung, sepasukan anggota dari Balai Polis Kalabakan berjaya menahan suspek yang bersembunyi di kawasan ladang, kira-kira dua kilometer dari tempat kejadian. 

Fadil berkata, pihaknya turut menemui tiga bilah parang panjang berukuran 44, 53 dan 70 sentimeter dipercayai digunakan oleh suspek ketika menetak mangsa. 

"Mangsa yang berasal dari Indonesia bekerja di ladang itu selama sembilan tahun, manakala suspek bekerja di situ sejak setahun lalu. 

"Susulan kejadian itu, polis sedang mengesan isteri mangsa dikenali sebagai Ani Beddu, 42, yang juga warga Indonesia untuk membantu siasatan kerana wanita terbabit dipercayai melarikan diri sejurus kejadian itu. 

Polis percaya, motif kejadian adalah berpunca daripada hubungan sulit suspek dengan Ani dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. 

Sumber: Harian Metro

No comments:

Post a Comment