info-info menarik !

Advertisement

Breaking

Wednesday, May 23, 2018

“Makcik harap sangat kerajaan sekarang boleh bawa dia balik” - Emak Koperal Sirul Azhar Umar


Agak lama jugak sebenarnya kita tak dengar cerita tentang Koperal Sirul Azhar Umar sejak dia ditahan di Australia lepas disabitkan terlibat dengan kes kematian model Mongolia, Altantuya Shaariibuu 12 tahun lepas.

Tapi lepas PRU14 selesai, kes ni mula dibangkitkan semula dan katanya kerajaan bakal membuka kes ni kembali. Menurut Astro AWANI, ia menjadi harapan besar buat ibu kepada bekas anggota Unit Tindakan Khas tersebut untuk bertemu dengan anaknya semula kalau kerajaan dapat membawa Sirul pulang ke Malaysia.

Piah Samat, 76 tahun berkata, sejak Sirul ditahan di Pusat Tahanan Imigresen di Brisbane, Australia sejak 3 tahun lalu, anaknya tu tak pernah abaikan keluarga dan selalu menelefon ibunya untuk bertanyakan khabar. Syukurlah Sirul masih ingat emaknya.

“Setiap hari makcik bayangkan dia ada di depan mata, tapi makcik tahu hakikat anak makcik tak lagi dibenarkan balik ke Malaysia. Dia juga rindukan makcik, setiap kali kami berhubung dia pasti akan bertanyakan kesihatan makcik, makcik makan apa.

“Makcik harap sangat kerajaan sekarang boleh bawa dia balik,” kata Piah sambil berlinangan air mata.



Meskipun Piah yang tinggal di Selama, Perak itu tidak begitu sihat, dia masih gigih mengikuti perkembangan mengenai anaknya. Dia jugak maklum akan syarat pengampunan penuh Yang di-Pertuan Agong yang dipohon Sirul itu. Kini Piah hanya mengharapkan perkara tu menjadi kenyataan dan kerajaan akan pertimbangkan permintaan anaknya.

Sepanjang 3 tahun Sirul di Brisbane, Piah hanya berkesempatan bertemu dengan anaknya sebanyak 2 kali saja.

“Makcik bersyukur dan gembira dengan keadaan dia di sana, dia baik-baik saja, tapi lebih baik kalau dia selalu ada depan mata,” katanya.

Semoga impian ibu Sirul tercapai dan dapat bertemu anaknya nanti.

Sumber : Astro AWANI via lobakmerah

No comments:

Post a Comment