info-info menarik !

Breaking

Wednesday, May 2, 2018

"Lelaki warga Kemboja 'mengaji' kantoi rupa-rupanya mencuri tabung masjid!"


Bak kata pepatah, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua.

Demikian perumpamaan nasib seorang pencuri tabung masjid yang akhirnya diberkas pihak berkuasa selepas kantoi mencuri wang tabung sebuah masjid di Bandar Meru Raya, di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian di Masjid Al Ansar, lelaki warga Kemboja berkenaan dikatakan bertindak licik dengan berpura-pura mengaji al-Quran sebaik menyedari kehadirian polis kira-kira jam 4 pagi.

Namun segala helahnya yang cuba mengkaburi pihak berkuasa disedari pengurusan masjid melalui pengawasan kamera litar tertutup (CCTV).


Menurut Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Mohd Ali Tamby, pihaknya menerima maklumat melalui panggilan telefon daripada pengurusan masjid memaklumkan kegiatan itu pada pukul 4.05 pagi.

Katanya, sepasukan anggota Balai Polis Jelapang terus dikerahkan ke masjid terbabit kira-kira 10 minit kemudian dan sebaik sahaja anggotanya tiba, lelaki berkenaan dikatakan sedang duduk di kaki lima masjid bersebelahan tabung.

“Lelaki berpakaian baju Melayu dan berkain pelikat itu dipercayai berpura-pura mengaji al-Quran dan hasil pemeriksaan dilakukan, polis menemui wang tunai dalam poket baju berjumlah RM160,” katanya memetik sebuah portal berita tempatan.


Tambah Mohd Ali, pemeriksaan lanjut mendapati terdapat beberapa peralatan mencuri yang disembunyikan dalam lipatan kain pelikat suspek.

“Kabel berkenaan dipercayai digunakan untuk mecungkil duit tabung masjid dan suspek kemudian dibawa ke balai polis untuk tindakan lanjut,” katanya lagi sambil memberitahu kes disisat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

No comments:

Post a Comment